Monday, September 14, 2009

MEREKA JUGA BERPUASA

Dalam kitaran hidup makhluk haiwan juga berpuasa. Menahan diri dari makan dan minum utk satu jangkasa masa yang tertentu.

Selepas menjalani satu tempoh masa "BERPUASA"  makhluk tersebut seolah-olah dilahirkan semula dgn imej baru yg lebih kuat, lebih besar , lebih bertenaga dan lebih cantik.

Tidak sia-sia kejadian makhluk ini, sebagai pengajaran buat semua manusia,
Ada ulamak mangatakan: Mushaf ialah qur^an yang dibaca; dan alam ialah qur^an yang diperhatikan.
Kedua-duanya ciptaan Allah dan tentunya mengandungi panduan dan pengajaran.




Pada peringkat ini "DIA" berpuasa


Keluar dari kulit kepompong

Selepas menahan diri dari makan & minum, lahir jadilah makhluk baru yang lebih cantik.




Ketam juga perlu "berpuasa " barulah boleh menganti cengkerang lama yang telah lusuh dan usang
Ketam dgn cengkerang baru yang lebih cantik, dgn saiz cengkerang yang lebih besar.


Ular perlu berpuasa utk mendapat sisik baru.

Kulit luar usang yang telah dibuang selepas ular menjalani proses berpuasa, berpuasa menjadikan saiz ular menjadi kecil maka memudahkannya menganti dgn kulit baru.
Snake Skin by shaire productions.

Selamat MENJALANI IBADAH PUASA dan BERJAYA MELALUI FAKULTI ini, moga dipenghujungnya nanti kita semua dilahirkan sebagai makhluk BARU  "ORANG BERIMAN YANG BERTAQWA".

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO