Saturday, September 12, 2009

IBARAT POHON YANG RENDANG

nature HDR Image
Benih yang disemai ditapak yang subur dan disiramkan dengan air serta dibajai dengan ikatan kasih sayang kerana Allah akhirnya menjadi seperti sepohon kayu yang rendang dengan dahan-dahannya yang merimbun keatas, manakala akarnya pula mencengkam kuat ke dalam bumi. Ini dijelaskan oleh Allah Taala dalam Surah Ibrahim ayat 24:

ayat24
Ertinya : “Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah telah mendatangkan contoh perumpamaan ; perkataan yang baik umpama sepohon pokok yang baik akarnya teguh dan cabangnya menggapai ke langit”.


Keimanan kalimah La ila ha illallah yg betul-betul difahami oleh mereka yang bernama:


Sumayah...
Sanggup memilih mati dari mengucapkan kata-kata kufur walaupun dipaksa.


Jaafar at Tayyar...
Walau putus kedua tangannya namun tetap mempertahan panji islam.


Bilal ....
Walau diseksa, tetap mempertahan Allah itu satu yang maha esa

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO