Wednesday, September 9, 2009

IKAN SALMON - IKAN LOMA

1. Sewaktu berkhidmat di Daerah Hulu Perak sekitar pertengahan 90 an dulu saya cukup seronok melihat pesta menangkap ikan loma di Kuala Rui.
2. Punyalah banyak ikan LOMA pada waktu itu tidak terkira, sehingga kelihatan riaknya di permukaan air seolah-olah titisan hujan. Malah sehebat pesta ikan SALMON di Amerika

3. Fenomena ini kerana tabii( sebenarnya kuasa Allah ) ikan itu utk bertelur di hulu sungai. Cumanya ikan ini banyak tulang, jadi ada ketikanya ikan ditangkap semata-mata utk mendapatkan telurnya sahaja. Waktu itu harga ikan ini cukup murah, maka kekadang dibuang begitu sahaja selepas diambil telurnya.
4. Namun orang sekarang lebih bijak dgn memproses ikan tersebut menjadi pekasam, selesailah masalah tulang, kerana tulang reput semasa pemeraman.
5. Cumanya kini ikan loma sudah tidak sebanyak dulu, pesta menangkap ikan juga tak semeriah dulu.

Terima kasih kepada sahabatku Noh kerana sudi meminjamkan gambar pesta menagkap ikan loma 2009.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO