Friday, July 31, 2009

HARGA INPUT ANGGUR

Melayari Anggur Malaysia. Saya memperolehi harga input di bawah sebagai rujukan

Pokok anggur:

1.

Isabella Madu (merah tua, berbiji)

RM 20

2.

White Malaga (hijau kekuningan, berbiji)

RM 20

3.

IAC hijau kekuningan, berbiji)

RM 20

4.

Alphonso Lavelle (Biru kehitaman, berbiji)

RM 40

5.

Black Queen (Merah kehitaman, berbiji)

RM 40



Baja


1.

Media awalan tanaman anggur

RM 5/beg

2.

Set baja awalan benih anggur 10 bulan pembesarannya

RM 15

3.

Set Baja buah untuk pokok matang

RM 15

KAWALAN KIMIA

Penggunaan racun serangga dan kulat semasa @hampir pokok berbuah/tuaian

Anconil 500

-racun kulat sentuhan kesan hilang 3 hari

-gunakan sebanyak 20 ml / 18 lit air.

Bralic 12.5EC

-racun serangga

- minyak bawang putih

-gunakan sebanyak 40 ml / 18 lit air.

1.kutip semua buah yang masak dan hampir masak merah sikit pun ambil juga. kalu rasa dah tua boleh peram bagi masak ambil juga.
2.hari pertama
sembur racun serangga cypermethrin untuk hapuskan aphid dan thrip
(cypermethrin tu bahan aktif bukan brand. ada macam2 brand)
3.hari kedua
sembur dengan racun serangga untuk hamama brand ORTUS (fenpyroximate) untuk hapuskan hamama. racun ni boleh hapuskan semua peringkat hamama.
4.hari ketiga
sembur dengan racun serangga untuk hamama brand MITAC (amitraz) untuk hapuskan hamama dewasa yang mungkin tertinggal.
-jangan kutip hasil selama 5 hari selepas semburan terakhir. sembur basah keseluruhan pokok atas dan bawah daun.
-semburan dilakukan pada waktu petang sebab serangga selalu menyerang pada waktu malam..


Racun Kulat
1)Topsin M - Ancom Crop Care - Kelas 4 - Antraknos - tahan 14 hari
2)Dithane M45 - Dow Agrosciences - Kelas 4 - Bintik Daun, Hawar, Reput Akar, Reput Buah - tahan 14 hari
3)Thiram 80 - Ancom Crop Care - Kelas 2 - Bintik Daun - tahan 14 hari
4)Daconil 2787 - Agricultural Chemicals - Kelas 4 - Hawar Alternaria - tahan 7 hari
5)Antracol 70 WP - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Hawar Alternaria, Hawar Phytophthora, Antraknos - tahan 14 hari

SATU MINGGU YANG PANJANG

Minggu lalu yg sangat sebuk....
1. Pada 25 Julai bergerak memandu seawal pagi ke MRSM Taiping, anakku perlu menghadiri KEM UPSR.

2. Rasa rugi jika terlepas pertemuan bersejarah dgn Bloger pengerak projek CERIA, jadi sebelah tengahari pergi pula ke Titi Gantung. Balik semula ke Taiping melalui Ipoh utk menghantar "timer" , bekas guruku minta alat tersebut utk mengawal siraman laman orkidnya.


Tengahari 26 Julai, melawat projek cili fertigasi milik dua "iron lady" di Bukit Gantang.. hebatnya mereka sebagai petani & usahawan mengalahkan lelaki.

3. Pagi 27 Julai ke Selekoh ada tugasan yg perlu dibereskan di sana. Terlihat projek "Homestay"... lawa rumah ni jadi saya ambil gambarnya buat model contoh cat utk dango milik kawan-kawan.

4. Tengahari dlm perjalanan balik bos telefon suruh tunggu dia di Bt 5 H Melintang, dia minta ditemankan utk beli keratan ubi kayu di Parit Jerman dekat Kayan, Sitiawan.

5. Pada 28 Julai ke Ulu Bernam, kereta perlu naik feri. Rasanya kalaulah "Puterajaya" ditakdirkan di sini dulu tentu tempat ini dah jadi "golden triangle".... tapi kini itu bukanlah kenyataannya.

6. Sebelum maghrib saya dah sampai ke Ipoh. Bermalam di Hotel "Tower Regency", berhadapan DBI . Esok isteri rancang nak bawa anak utk scan MRI di KPJ.

7. Subuh seawal jam 4 pagi, 29 Julai memadu ke Chenderong Balai Teluk Intan, ada slot ceramah utk pelajar. Sebelah petang ke Ipoh semula utk temu janji dgn doktor KPJ. Maghrib baru sampai ke rumah semula.

8. Tengahari 30 Julai sudah berada di Gerik. Ada tugasan luar di sini yg perlu dibereskan. Hajat nak beli ikan Loma di Kuala Rui,tapi sebaliknya yang terjumpa hanya durian.


9. Pada 31 Julai Kuala Rui, Gerik masih sunyi, tunggu Ramadhan nanti baru penuh dgn manusia, utk pesta menagkap ikan Loma....insya allah aku akan datang lagi

Monday, July 27, 2009

DARI SUDUT YG BERBEZA & SUATU HARI YG BERMAKNA

1. Dua sahabatku sedang menanam pokok anggur....sebagai bukti keringat mereka.

2. Guru kami pula sedang merakamkan detik penuh bersejarah itu.


3. ....dan inilah pula gambar sebenar yg "dirakamkan" oleh kamera sifu kami itu, dari sudut yang mata berbeza dgn saya.

...........meninggalkan satu kenangan yg mendalam buat kami semua.

Sunday, July 26, 2009

UNIVERSITI MAYA

Saya kini sedang berusaha menambah ilmu tani, jika ada sesiapa yg nak ikut serta dlm penguasaan kemahiran pembiakan pokok tamperate sila baca maklumat di bawah:


Kursus Asas Pembenihan Pokok-Pokok Temperate secara maya dibuka sekarang. Kursus melalui posting dalam blog khas akan menyentuh pembenihan pokok-pokok temperate iaitu epal, kiwi, plum, pear dan blackberry. Sila email kepada universiti.maya@yahoo.com untuk mendapatkan butiran yuran serta kebenaran akses ke dalam blog tersebut.


Subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan....


Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ/tisu/sel badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.


Jom kita share....


Vilus pada usus kecil


Telur/Ovum


Sperma di atas ovum


Sel kanser paru-paru


Sel darah merah


Bulu-bulu halus dalam telinga


Sel rasa pada lidah


Salur darah pada saraf optik


Neuron Purkinje (pada otak)


Plak gigi


Hujung rambut yang pecah



Embrio manusia
(kelihatan masih ada sisa sperma)


Sumber : Laman Agro

Thursday, July 23, 2009

PENTING SANGATKAH PERTANIAN ORGANIK?

Apakah maksud daging lembu organik ?

Lembu sifat kejadiannya adalah herbivor ( makan tumbuhan ) , tapi kini manusia dgn penuh bijaksana telah memproses daging (utk sumber protein ) dan tulang ( kalsium ) + bahan lain dijadikan pallet (butiran) utk dijadikan makanan lembu. Jadi lembu hari ini bukan lagi herbivor dah jadi separuh karnivor . Kesannya bila tabii ini diubah lihat saja berapa ramai yg memakan daging ini akhirnya akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Makanan bukan foraj(rumput)yg dipanggil kosentrat ( butiran ) ini belum lagi kita bercerita asal diperbuat dari organ haiwan apa. Mereka boleh campakkan ke dalam mesin pemprosesan makanan itu daging apapun hatta daging bangkai. Bila keluar semuanya jadi butiran sajian yg lazat utk haiwan ternakan.

Lembu organik ialah lembu yg hanya makan rumput... lembu sihat, kita yg memakannya juga akan sihat.

Layari contoh tanaman organik klik :

Contoh pertanian organik

Wednesday, July 22, 2009

The Transition - a street-legal airplane











SYOK GILERRR... KREATIF HABIS .........

Sumber : http://isuhangat.blogspot.com/2009/07/kereta-terbang-jadi-kenyataan.html

SAMPUL KERTAS A 4 JANGAN DIBUANG

1. Kata arwah ayahku ( pak utuh ) jika ada BEBERAPA BIJI padi yg di tepi melukut, atau beberapa butir sisa nasi di tepi pinggan, yang tertinggal sedikit itulah yang BERKAT, jadi kutiplah ia jangan dibazirkan.


2. Kata Dr Abd Wahab pula jika kita memperuntukkan sedikit masa REHAT setiap petang memasang beberapa keping marmar untuk lantai rumah kita, kesudahannya hanya memerlukan beberapa bulan utk menyiapkan kemasan lantai bagi seluruh rumah.


Nilai : Setiap "kejadian" di sekeliling kita jangan dibazirkan kerana ada banyak manfaatnya asal saja kita mahu berusaha. Contohnya sampul kertas A4 boleh dibuat beg kertas

Sunday, July 19, 2009

TENTANG ANGGUR




Beberapa perkara tentang anggur :

1. Menyemai anggur

2. Anak pokok anggur berkualiti

3. Keperluan pokok anggur

4. Pertumbuhan pokok anggur

5. Memperkasa pokok anggur

6. Pemangkasan pokok anggur

dan Cara Pemagkasan

7. Melatih anggur cara VSP

8. Makanan dibalut daun anggur.

9. Ikan bakar dibalut daun anggur
.

10. Khasiat daun anggur segar.

11. Khasiat daun anggur jeruk

Saturday, July 18, 2009

KATIL BUKAN HANYA UNTUK TIDUR

1. Katil bujang saya dulu. Balut pastik, masukkan pasir, tabur bahan organik, masukkan air dan akhir sekali letakkan kaladi bunting.

2. Klik langkah-langkah penyediaan kolam keli ternakan secara organik.



2. Selepas satu minggu akan jadi "rumah selesa" untuk ikan tilapia yg dipelihara secara organik.

MULBERI

Beberapa perkara tentang mulberi:

Sila klik :

1. Menyemai dan menanam

2. Pembenihan

3. Pemangkasan

4. Pembuahan

5. Kegunaan daun mulberi

6. Keistemewaan daun mulberi

7. Nilai pemakanan mulberi

8. Khasiat teh daun mulberi

Thursday, July 16, 2009

BIDANG TUGAS GURU CEMERLANG

Bagi yang berhajat nak tahu bidang tugas guru cemerlang sila klik alamat web di bawah:

klik DISINI


ATAU ALAMAT DI BAWAH

http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pusat_jab_pdf/2006/2007_terma_bahagian_c1.pdf

PETIKAN UCAPAN PENGARAH BHG .TEK & VOK

Flying Birds Kiss



Jika anak dibesarkan dgn permusuhan kita sebenarnya mendidik utk dia berkelahi.
Jika anak dibesarkan dgn cemuhan kita sebenarnya mendidik agar dia rendah diri.
Jika anak dibesarkan dgn penghinaan kita sedang mengajar dia utk menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dgn toleransi kita melatihnya utk menahan diri.
Jika anak dibesarkan dgn pujian kita sebenarnya mahu dia bijak menghargai.
Jika anak dibesarkan dgn akhlak terpuji kita sebenarnya menanamkan sifat keadilan
Jika anak dibesarkan dgn sokongan kita sebenarnnya melatih dia utk menyayangi diri.
Jika anak dibesarkan dgn kasih sayang kita mengajarkan kepadanya cinta dalam kehidupan.

CARA MENANAM UBI KAYU

1. Cara yg selalu di amalkan oleh usahawan, menanam keratan ubi kayu pada kedudukan seperti dalam gambar di atas.Bukan di atas BATAS atau di bawah batas tetapi DI TEPI BATAS




2. Cara ini pula diamalkan oleh orang kampong, menanam dua keratan pada setiap "poit" di atas batas.

Tuesday, July 14, 2009

AKU, GERIK , IKAN LOMA DAN AGROPOLITAN



1. Suatu ketika bertahun yg lalu aku di tukarkan tempat kerja ke Grik. Berita itu sikit pun tak mengetarkan jiwaku walaupun jauh di pendalaman. Apa kira lagi jauh lagi syok boleh ride jauh jauh, barulah mencabar penunggang solo macam aku waktu itu ( tapi kini da tue le).


2. Paling unik di Grik ada suatu tempat di namakan Kuala Rui. Sungainya pada masa tertentu akan jadi tumpuan ikan LOMA utk bertelur....macam kisah ikan soloman di US. Bila tiba musimnya punyalah banyak ikan tersebut seperti percikan titisan hujan.....banyak giler ( bahasa bebudak sekarang ).


3. Aku rasa tempat dgn keunikan ini amat sesuai dimajukan, dipromosikan.. sebagai AGROTOURISME ATAU LEBIH HEBAT JADI AGROPOLITAN.


4. Di Grik juga ada "twin peak" juga Tasik Banding belum lagi bercerita tentang kelazatan ikan "Tenggalan Bakar" masak secara dibalut dgn tanah liat atau stim.

5. Gambar di bawah pekasam ikan loma yg dibelikan oleh Cikgu Noh sebagai penawar rindu.... sedap tak terkata.









POTENSI UNTUNG BESAR

1. Hari ini kami ada tugas di "site" untuk mendapatkan bekalan tinja lembu bagi tujuan baja organik tanaman.

2. Bahan organik dapat membantu memperbaiki struktur dan tektur tanah. Juga mampu memegang dan menyerap air.

3. Ada banyak kisah tentang LEMBU yg boleh dikait dgn islam seperti surah Al Baqarah, kisah lembu berwarna emas, gua Tsur persembunyian Nabi Muhammad saw, hidangan lembu panggang oleh Nabi Ibrahim kpd musafir yg sebenarnya malaikat dll- ikhtibar yg kita boleh ambil dari sudut ekonomi ini adalah BIDANG YG PENTING/BERPOTENSI.

Sunday, July 12, 2009

NAHI MUNGKAR


1. Bukan sekadar kejahatan itu berpatah balik mengenai diri orang yg merencanakannya...


2. Dalam sebuah kapal yg besar, penghuni di bawah menebuk lantai kapal utk mendapatkan bekalan air... sedangkan penghuni di atas membiarkan sahaja perbuatan mereka, tanpa menyedari yg kapal itu akan karam, hingga memusnahkan seluruh penghuni kapal tersebut. Begitulah perumpamaan bagi yg enggan mencegah kemungkaran dari berleluasa.... akhirnya kejahatan itu akan menular dan bala azab dari Allah utk seluruh umat itu.

Saturday, July 11, 2009

LAMAN KOOP SEMAIAN


1. Lima tahun yg lalu aku bersama isteri berusaha mengadakan kolam ini. Seronok melihat kolam ini masih terpelihara dgn baik selepas beberapa tahun aku meninggalkan semaian.

2. Semalam isteriku meminta kami sekeluarga membantunya mencari keladi bunting untuk hiasan kolam tersebut.
3. Sambil menghirup udara petang dgn persekitaran desa permai.. syok juga terjun dalam parit untuk medapatkan keladi bunting tersebut.

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO