Friday, July 3, 2009

Kebun Pokok Sutera

Aku jatuh hati dan sangat berminat dgn pokok sutera selepas terbaca artikel di bawah,BLOG tulisan DR ABD WAHAB.

Aku juga jatuh hati pada pokok sutera selepas melihat gambar-gambar pepohon sutera di bawah.


Sumber http://tamanlandskap.blogspot.com/
Antara pokok yang baik ditanam dalam kebun ialah pokok sutera atau mulberry. Kalau dijadikan kebun sutera sepenuhnya lebih baik.

Antara kebaikannya ialah:

1. Perbelanjaan untuk memulakan tanaman agak murah. Harga bagi sebatang benih hanya RM1.50 sahaja. Jika benih yang telah hidup dan stabil harganya kira-kira RM10.00 sepokok.

2. Setelah empat bulan ditanam, ia boleh diproses untuk mendapatkan hasil. Caranya ialah:

(a) Prun pokok, terus dapat keratan benih.
(b) Apabila bertunas, pucuk dan daun muda tidak melebihi 3 minggu, boleh dijadikan teh minuman untuk mencegah atau mengawal kencing manis, darah tinggi dan gout.
(c) Daun yang tidak melebihi 4 minggu boleh dijadikan rempeyek atau membalut ikan atau daging bakar.
(d) Buahnya boleh dijadikan jus, jem, halwa atau makanan segar.
(e) Daun-daun boleh dijadikan makanan berkhasiat untuk binatang ternakan seperti lembu, kambing, rusa dan ayam telur. Selain itu, ia adalah makanan asasi ulat sutera.

Gambar atas: Pokok Sutera yang belum diprun. Gambar bawah: Pokok Sutera yang telah diprun.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO