SATU MINGGU YANG PANJANG
Minggu lalu yg sangat sebuk....
1. Pada 25 Julai bergerak memandu seawal pagi ke MRSM Taiping, anakku perlu menghadiri KEM UPSR.
2. Rasa rugi jika terlepas pertemuan bersejarah dgn Bloger pengerak projek CERIA, jadi sebelah tengahari pergi pula ke Titi Gantung. Balik semula ke Taiping melalui Ipoh utk menghantar "timer" , bekas guruku minta alat tersebut utk mengawal siraman laman orkidnya.
Tengahari 26 Julai, melawat projek cili fertigasi milik dua "iron lady" di Bukit Gantang.. hebatnya mereka sebagai petani & usahawan mengalahkan lelaki.
3. Pagi 27 Julai ke Selekoh ada tugasan yg perlu dibereskan di sana. Terlihat projek "Homestay"... lawa rumah ni jadi saya ambil gambarnya buat model contoh cat utk dango milik kawan-kawan.
4. Tengahari dlm perjalanan balik bos telefon suruh tunggu dia di Bt 5 H Melintang, dia minta ditemankan utk beli keratan ubi kayu di Parit Jerman dekat Kayan, Sitiawan.
5. Pada 28 Julai ke Ulu Bernam, kereta perlu naik feri. Rasanya kalaulah "Puterajaya" ditakdirkan di sini dulu tentu tempat ini dah jadi "golden triangle".... tapi kini itu bukanlah kenyataannya.
6. Sebelum maghrib saya dah sampai ke Ipoh. Bermalam di Hotel "Tower Regency", berhadapan DBI . Esok isteri rancang nak bawa anak utk scan MRI di KPJ.
7. Subuh seawal jam 4 pagi, 29 Julai memadu ke Chenderong Balai Teluk Intan, ada slot ceramah utk pelajar. Sebelah petang ke Ipoh semula utk temu janji dgn doktor KPJ. Maghrib baru sampai ke rumah semula.
8. Tengahari 30 Julai sudah berada di Gerik. Ada tugasan luar di sini yg perlu dibereskan. Hajat nak beli ikan Loma di Kuala Rui,tapi sebaliknya yang terjumpa hanya durian.
9. Pada 31 Julai Kuala Rui, Gerik masih sunyi, tunggu Ramadhan nanti baru penuh dgn manusia, utk pesta menagkap ikan Loma....insya allah aku akan datang lagi
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment