Cara Buat Teh Daun Anggur
1. Kumpulkan daun-daun anggur yang berusia antara 3 - 5 minggu. Basuh dengan bersih lagi suci. Rendam dalam air yang diletakkan sedikit garam, selama kira-kira 1 jam. Kemudian, tuskan.
2. Letakkan daun-daun anggur dalam bekas yang lebar, untuk pengeringan.
3. Keringkan di tempat teduh tetapi pada udara yang sentiasa beredar-ganti, selama 3 hari. Usah dijemur di bawah terus-matahari.
4. Daun-daun anggur kering ini dicampur dengan 30% Herba AKI (gambar bawah) dan 20% teh biasa.
5. Sekarang anda sudah boleh menggunakannya.
1. TehDaunAnggur 100% boleh juga digunakan. Tetapi tiada warna dan khasiatnya tidak kuat. Lihat:
Khasiat Daun Anggur Segar.
2. Herba AKI baik untuk kesihatan. Pengalaman saya menggunakan campuran ini dengan daun anggur amat mustajab. Lima-enam minit selepas meminum teh campuran begini, peluh mencurah-curah keluar. Badan rasa segar lagi aktif.
3. Teh biasa yang dicampurkan hanya untuk tujuan warna dan sedikit rasa. Jika tidak dicampur dengannya pun tidak mengapa. Cuma tak ada warna.
4. Anda boleh masukkan sedikit gula atau madu lebah ke dalam TehDaunAnggur.
5. Maklumat lanjut mengenai Herba AKI, layari:
Herba AKI. Oleh kerana herba ini dalam kapsul, anda boleh keluarkannya dari kapsul, atau gunakan secara timbangan. Jika anda ingin membuat TehDaunAnggur dalam skala besar, eloklah berunding dengan pengeluar herba tersebut. Dan jika anda sukar untuk menghubunginya, insya Allah, saya boleh membantu.
Sumber :http://abdulwahabarbain.blogspot.com/2009/06/cara-buat-teh-daun-anggur.html
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment