MENYEMAI ANGGUR
1. Keratan yg Dr Abd Wahab beri kami semai dalam sekam padi bakar dan sedikit pasir utk pengudaraan medium semaian. Idea ini kami dapat setelah meneliti dan meniru medium semaian utk Buluh Madu yg di bawa masuk dari Thailand. Nampaknya keratan yg disemai dalam medium ini lebih cepat bertunas... apapun saya pegang pesan Dr Abd Wahab, mungkin hanya tunas yg tumbuh sedangkan akarnya masih belum berkembang. Ciri-ciri medium ini adalah basah sedangkan utk akar anggur berkembang ciri yg diperlukan hanyalah lembab. Jadi kita jangan terpedaya dgn hanya melihat pertubuhan tunasnya.
2. Keratan yg disemai dalam medium pasir dan sedikit bahan organik. Walaupun masih belum bertunas lagi hati kecil saya lebih yakin akan kejayaannya berbanding dgn medium lain.
3. Keratan anggur yg disemai dalam medium Jiffy. Jiffy mahal harganya ( 60 sen satu ), jadi tak ekonomik utk komersil. Tapi saya tak kisah kerana ini keratan yang cukup bermakna cenderahati dari Dr Abd Wahab... mahal sikit tak apa dan berbaloi jika berjaya nanti... insyaallah.
4. Bila Dr Abd Wahab kata markot/tut boleh dilakukan utk anggur......... saya tak sabar tunggu esok utk "serbu" baka Isabella di Unit Hortikultur.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment