Saturday, July 4, 2009

KACANG BUNCIS EMAK BERBUAH LEBAT


1. Sebelah petang balik rumah emak di Sungai Manik. Anak-anak seronok tengok pokok-pokok kacang buncis yg mereka tanam utk neneknya berbuah lebat.

2. Mereka lebih seronok kerana puas menikmati hasil keringat sendiri.

3. Aku pula cuba membayangkan yg rimbunan kanopi itu sebagai di bawah rimbunan pepohon anggur... angan-angan he he.

4. Di sebelah kacang buncis kami beri emak satu lagi tugasan baru, belajar menternak ikan keli secara organik.
5. Sistem itu cukup mudah- tangki air yg dasarnya diisi dengan pasir, tabur sedikit bahan organik, bahagian atas pula letakkan keladi bunting, plankton yg dihasilkan akan jadi makanan ikan, jadi tak perlulah ikan itu diberi makanan selalu.

6. Lebih penting kaedah ini tak mengeluarkan bau busuk seperti sistem biasa.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO