Saturday, October 31, 2009

Roof Garden Sebagai Barometer Kemodernan


Foto: iDEA/Dean Martin Saerang
Di luar negeri, sudah berkembang desain roof garden yang bermacam-macam, dan menjadi tren bagi gedung-gedung tinggi. Gedung-gedung yang atapnya berselimut rumput seakan menjadi tanda kemoderenan suatu desain urban.

Sumber :Klik 

Jendela Pembatas Taman dan Ruang Dalam

Foto: iDEAOnline/Richard Salampessy
Antara taman dan ruang dalam bisa saja dibuat terbuka, atau diberi pembatas yang bisa dibuka tutup lebih mudah. Dengan begitu, sistem keamanan rumah masih tetap dapat terjaga.

Begitu indah sekali ya pak : Klik

HARI HARI TERAKHIR KU DI SEMAIAN


Khamis aku dan Zainal (yg kini telah balik ke Sabah ) masih sempat siapkan 80 beg fertigasi.  Aku tanya Zainal bila hang balik Sabah nanti siapa akan jaga pokok ini, dia pula sebaliknya tanya aku bila Tn hj pindah nanti siapa urus pokok ini... aku jawab selamba je, Datok Salehuddin  kan ada.  Kami berdua memang yakin dgn kewibawaan beliau.


Lepas siap fertigasi Datok minta tolong utk cantas pokok naga ini yg telah di serang penyakit kulat.  Bagus juga dato bagi tugasan ini utk saya, dlm hati saya dah dapat idea di rumah baru nanti aku nak buat projek dragon fruit macam ni jugak.

Jumaat ... Zainal taukeh sawit dari Sabah buat ucapan perpisahan, sungguh syahdu ucapan bernada sedihnya,  aku pula sekadar  memerhati di belakang sekali kerana aku juga telah membuat ucapan yg sama 3 bulan yang lalu, lepas majlis habis aku bersalam dgn semua sahabat.  Sedih ? aku tak pernah rasa terpisah dgn mereka semua kerana kami sering bertemu di majlis ilmu... surau taman cicerly, surau taman melor,surau  kg pisang, surau desa bakti, masjid taqwa, al munir, masjid daerah, surau jln laksamana, masjid kg bahagia itu semua tempat "kegemaran ku" di mana aku boleh bertemu dgn mereka semua.















Sabtu ...Khalifah baca yasin itulah Jumaali, satu fikrah dgn aku, guru yg banyak ajar saya tentang web, hebatnya dia boleh menaip guna HTML.  Bila beliau memperdengarkan bacaan ayat suci memang boleh terpegun punya... hebat.  Lepas ini entah gilirin siapa pula kena jadi khalifah ? he he

SESEKALI BILA AKU TERINGAT PADA HANG PA SEMUA... hati rasa sayu.  "Aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal".

SISTEM PENGAIRAN TITISAN



Sejak awal pagi hari ini sabtu hujan turun agak lebat.  Tapi dah janji dgn pelajar nak buat kelas tambahan, sedikit bimbang kalau bebudak tu tak boleh hadir.

Kelas hanya dapat dimulakan mulai jam 9 selepas lama menunggu akhirnya datang juga bebudak tu walaupun hujan kedatangan memuaskan.

Hari ni kami bincang kontruk aplikasi...pengurusan pekerja, tanaman, jentera,tanaman dan amalan kawalan penyakit. Ajar mengikut kontruk?... kelakar betul, tapi tengok ajelah hasilnya nanti.

Sebelum balik jam 12  saya minta mereka tolong "set up" sistem fertigasi mini utk buat kios bagi tujuan "pameran hidup" utk pendidikan warga SEMASA.

Minggu depan saya akan up load gambarnya. Anak-anak Alimin ini baik sungguh, cukup senang saya minta kerjasama.  Berbanding keperitan urus ratusan polibeg fertigasi "di rumah lama" dulu, ini kira kacang je.

 


Friday, October 30, 2009

BARU PINDAH "RUMAH BARU"


  1.  Baru sehari dua ini saya dah pindah rumah baru... sebok betul sampai tak sempat nak update blog, ladang kat farmville pun dah terbiar, facebook langsung tak buka.  Aku dah betul betul keluar dari alam maya ke alam nyata.


 2.  Langkah pertama aku ialah ganti pokok landskap beracun ini  (buta-buta ).  Tapi aku kekalkan pokok pintu gerbang itu kerana itulah peninggalan sahabat baik ku Alimin.  Aku akan jaga pokok ini baik-baik ibarat aku menjaga hati beliau.  Jadi aku minta pelajar itu hias pangkalnya dgn batu mahal.. ( sebiji RM 1 ).

 

Inilah rumah baru aku...semak ? Tak jadi masalah punya, kurang dari satu bulan tempat ini akan ceria dan kondusif.  Bukan cakap besar ma... aku dah biasa urus kawasan yg luasnya berganda-ganda dari ini.

 Aku sedang berkira-kira nak bela benda ini.... Pak Mat kebun dah janji nak pawah dgn aku sebagai upah tolong tengok-tengokkan.


Semalam aku dah beli benih anggur mahal ini dari Setiawan... nak atur dalam pasu tepi rumah baru.


Kelas tambahan tiap  sabtu aku tak lupa punya... tajuk belanjawan atau baja aku rasa akan keluar, latam bebudak ini cukup-cukup... aku nak pastikan ada yang dapat SPM  A+ tapi aku sebut pada mereka "A star " . hang pa semua kena beri  hadiah itu utk Cikgu Alimin.



Aku guna kaedah kooperatif "killing keliling" supaya mereka tak tension di saat akhir begini ..... nampaknya pelajar tu dah mula makin mesra dgn aku.

Monday, October 26, 2009

The Civet:The Maker of Most Expensive Coffee



An Animal That Poops Gourmet Coffee:

Say Hello to the Civet: The Maker of $600 Coffee

Yes, it's true -- this mammal, native to Africa and Asia, is responsible for pooping out the world's most expensive coffee, called Kopi Luwak. Civets are fed coffee cherries, and during digestion the animal's enzymes mix with the coffee beans before they, ahem, pass through, giving the beans a unique, bitter taste. See how it all happens...



The Cherries Are Chosen
A farmer in East Java, Indonesia, picks coffee cherries to feed the civets.


A Whole Team at Work: Hand-Picking the Cherries


The Civet Approaches.. .


...Gets Ready to Dig In...


...And Is Joined by Friends for Dinner


Gathering the Dung With Gloves...
In East Java, workers use gloves to clear the results of the feast.



That Ain't Peanuts and Nougat.
Civet poop before it's turned into the coffee.



Separating It and Washing It Off


Another Step in Production

An Embarrassment of Riches
A worker displays the distinct, cleaned-off beans.


The Very Expensive End Result



Pictured: Coffee Alamid, one Philippine brand. Because a very limited sup

Sumber : KLIK

Saturday, October 24, 2009

VERTIKULTUR

kebonkembang.com Manfaatkan lahan sempit











 Vertikultur berasal dari bahasa Inggris, vertical yang artinya tegak lurus dan culture yang berarti pengembangbiakan. Secara garis besar, bisa kita tarik pengertian, vertikultur adalah metode bercocok tanam yang dilakukan secara vertikal atau bertingkat.

Sumber : Klik di sini

Monday, October 19, 2009

Kenapa Pertanian THAILAND Berjaya?

Benarkah petani Thailand betul-betul hebat ? atau hanya kepercayaan ? Sila klik di sini atau di  klik sini



 Gambar  di salah sebuah ladang Nature Farming, Bangkok, Thailand


 Gambar ini pula ladang sayur pelajar tani di UPM



Saturday, October 17, 2009

DARI SAWAH PADI BERTUKAR SAWIT, DARI SAWIT JADI "LOMBONG EMAS".

Sewaktu zaman remaja dulu aku gemar menunggang motor secara solo menjelajah pelusuk tanah air.



Antara tempat kegemaran ku ialah Bukit Merah kerana di sana pemandangannya cukup indah berkebetulan pula dgn minatku zaman waktu itu dlm dunia fotografi.Di sana aku ada seorang kenalan tapi kini dah jadi usahawan ikan arowana.















Semalam selepas majlis solah hajat/yassin SEMAIAN aku bawa anak-anak ke majlis kenduri di Parit Buntar. Sewaktu perjalanan balik utk meraikan anak sulong yg balik dari asrama, bawa mereka bersiar-siar sekeliling tasik yang indah sambil melawat projek ikan kelisa "KULAAN" ( En Rahim ) bersebelahan Tasik Bukit Merah.

Asalnya sawah padi bertukar kpd tanaman sawit tapi kini dah jadi kolam ikan kelisa.  Setiap kolam itu boleh mengisi 20 ekor golden arowana berharga RM 300 000.00.  Anakku itu terpegun bila cuba membilang nilai RM berbanding jumlah kolam yg ada...jutawannn!
Harga tanah bekas sawah itu pula kini RM 1 juta seekar.



Harga seekor golden arowana bersaiz 3in RM 2500, selepas berumur 1 hingga 2 tahun meningkat naik kpd RM10 000.00 seekor.  Bila bersaiz 18 in pula harganya menjadi RM 18 000.00.  Ingat tu itu baru harga seekor! setiap kolam pula  mampu memuatkan 20 ekor.



Ini pejabat En Rahim.... dah setaraf hotel 5 bintang.

Friday, October 16, 2009

MEKAH DULU DAN SEKARANG

Melayari blog sesama insan . Blog Isu hangat Kerinduan tanah suci rasa amat terpanggil lalu saya cari gambar-gambar kenangan utk di letak bersebelahan gambar yg dicopy dari blog tersebut.  


Gambar pasukan keselamatan di Arab Saudi dulu-dulu ..














Sekarang pakaian pengawal keselamatan dah tak semuanya pakai jubah lagi. Siap naik motor virago 535 yang tak guna rantai macam motor biasa.


Gambar pilih kambing utk ibadah Qurban dulu-dulu.........
Qurban zaman sekarang terus melalui dipotong dari akaun simpanan, tak perlu pun pergi ke rumah penyembelihan.

 Pegaruh Coca Cola 1953....













Hari ini Coca cola dan pepsi masih terdapat di merata-rata tempat, peliknya air mineral pun berjenama  puak ni juga.  Air tu cuma free, jadi jangan salah sangka dgn hajjah tu.


Dulu-dulu para jemaah akan tahu di mana lokasi Telaga Zam-zam

Bangunan Telaga zam-zam di belakang itu sudah tiada kelihatan lagi. Begitu juga mimbar tinggi itu , yg ada cuma mimbar mudah alih.

Getirnya melakukan ibadah haji waktu dulu...














Nak makan sekarang sudah cukup mudah, samada diedar secara pek atau sajian secara layan diri, kekadang tu terus beli sahaja di restoran.  Sajian pula bertaraf hotel berbintang-bintang.



Getirnya melontar di tiga jamrah ... malah waktu dulu jemaah dapat mengenalpasti sempadan tanah haram hanya berpandukan Jamratul Aqabah.  Hari ini jemaah hanya berpandukan papan tanda.
















Melontar di jamrah sekarang telah bertingkat-tingkat lagi berhawa dingin.  Laluan sehalanya mirip lebuhraya PLUS kita... tapi jangan mudah terpedaya, jika laluan balik jalan di tutup kita akan tersasar jauh ke khemah jemaah benua lain.Di sana juga ada restoran macam kfc tapi berjenama "AL BAIK"


Padang Arafah dulu yang gersang gambaran teriknya mahsyar.















Padang Arafah sekarang telah dipenuhi pepohon rendang, penuh kehijauan sejauh mata memandang. Kekadang di lantai khemah berhawa dingin siap dgn  rumput karpet yg indah sekali.




Dulu-dulu naik kapal laut berbulan-bulan baru tiba.















 Kini jika kita bernasib baik (rezeki) dgn menaiki Saudi Air dapat KT awal  penerbangan terus ke Madinah. Dari KLIA jam 6.00 pagi waktu Malaysia dan tiba Madinah sebelum jam 12.00 tengahari waktu Arab.














Jika nak naik motor mat rempit pak arab ni utk cepat elak kesesakan ke Masjidil Haram secara menongkah arus dari Mina tambangnya kekadang cecah RM 150.00 sehala... itu pun jika kita berani















Pengangkutan begini pun masih ada sekarang... tambang utk seorang mereka bayar RM 10.00



Dulu-dulu ini cara angkut barang...















Kini dah jadi pemandangan biasa bila pak arab naik motor.

Roti arab zaman dulu tentu sedap........roti keras dari tepung gamdum yg murah tapi itulah sajian para rasul yg hidup penuh kesederhanaan.















Isteriku selalu mengeluh kerana bau sajian restoran ini yg menerjah hingga ke dalam masjid.. aku hanya tersenyum.

















Jemaah di Mina zaman ini sanggup beratur panjang-panjang dan lama utk beli roti canai berharga RM 5 sekeping.










Indahnya ibadah orang dulu-dulu walau serba kekurangan.
 



Ini pula gambar aku sewaktu program ziarah

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO