Saturday, October 31, 2009

HARI HARI TERAKHIR KU DI SEMAIAN


Khamis aku dan Zainal (yg kini telah balik ke Sabah ) masih sempat siapkan 80 beg fertigasi.  Aku tanya Zainal bila hang balik Sabah nanti siapa akan jaga pokok ini, dia pula sebaliknya tanya aku bila Tn hj pindah nanti siapa urus pokok ini... aku jawab selamba je, Datok Salehuddin  kan ada.  Kami berdua memang yakin dgn kewibawaan beliau.


Lepas siap fertigasi Datok minta tolong utk cantas pokok naga ini yg telah di serang penyakit kulat.  Bagus juga dato bagi tugasan ini utk saya, dlm hati saya dah dapat idea di rumah baru nanti aku nak buat projek dragon fruit macam ni jugak.

Jumaat ... Zainal taukeh sawit dari Sabah buat ucapan perpisahan, sungguh syahdu ucapan bernada sedihnya,  aku pula sekadar  memerhati di belakang sekali kerana aku juga telah membuat ucapan yg sama 3 bulan yang lalu, lepas majlis habis aku bersalam dgn semua sahabat.  Sedih ? aku tak pernah rasa terpisah dgn mereka semua kerana kami sering bertemu di majlis ilmu... surau taman cicerly, surau taman melor,surau  kg pisang, surau desa bakti, masjid taqwa, al munir, masjid daerah, surau jln laksamana, masjid kg bahagia itu semua tempat "kegemaran ku" di mana aku boleh bertemu dgn mereka semua.















Sabtu ...Khalifah baca yasin itulah Jumaali, satu fikrah dgn aku, guru yg banyak ajar saya tentang web, hebatnya dia boleh menaip guna HTML.  Bila beliau memperdengarkan bacaan ayat suci memang boleh terpegun punya... hebat.  Lepas ini entah gilirin siapa pula kena jadi khalifah ? he he

SESEKALI BILA AKU TERINGAT PADA HANG PA SEMUA... hati rasa sayu.  "Aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal".

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO