Saturday, October 17, 2009

DARI SAWAH PADI BERTUKAR SAWIT, DARI SAWIT JADI "LOMBONG EMAS".

Sewaktu zaman remaja dulu aku gemar menunggang motor secara solo menjelajah pelusuk tanah air.



Antara tempat kegemaran ku ialah Bukit Merah kerana di sana pemandangannya cukup indah berkebetulan pula dgn minatku zaman waktu itu dlm dunia fotografi.Di sana aku ada seorang kenalan tapi kini dah jadi usahawan ikan arowana.















Semalam selepas majlis solah hajat/yassin SEMAIAN aku bawa anak-anak ke majlis kenduri di Parit Buntar. Sewaktu perjalanan balik utk meraikan anak sulong yg balik dari asrama, bawa mereka bersiar-siar sekeliling tasik yang indah sambil melawat projek ikan kelisa "KULAAN" ( En Rahim ) bersebelahan Tasik Bukit Merah.

Asalnya sawah padi bertukar kpd tanaman sawit tapi kini dah jadi kolam ikan kelisa.  Setiap kolam itu boleh mengisi 20 ekor golden arowana berharga RM 300 000.00.  Anakku itu terpegun bila cuba membilang nilai RM berbanding jumlah kolam yg ada...jutawannn!
Harga tanah bekas sawah itu pula kini RM 1 juta seekar.



Harga seekor golden arowana bersaiz 3in RM 2500, selepas berumur 1 hingga 2 tahun meningkat naik kpd RM10 000.00 seekor.  Bila bersaiz 18 in pula harganya menjadi RM 18 000.00.  Ingat tu itu baru harga seekor! setiap kolam pula  mampu memuatkan 20 ekor.



Ini pejabat En Rahim.... dah setaraf hotel 5 bintang.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO