Saturday, October 31, 2009

SISTEM PENGAIRAN TITISAN



Sejak awal pagi hari ini sabtu hujan turun agak lebat.  Tapi dah janji dgn pelajar nak buat kelas tambahan, sedikit bimbang kalau bebudak tu tak boleh hadir.

Kelas hanya dapat dimulakan mulai jam 9 selepas lama menunggu akhirnya datang juga bebudak tu walaupun hujan kedatangan memuaskan.

Hari ni kami bincang kontruk aplikasi...pengurusan pekerja, tanaman, jentera,tanaman dan amalan kawalan penyakit. Ajar mengikut kontruk?... kelakar betul, tapi tengok ajelah hasilnya nanti.

Sebelum balik jam 12  saya minta mereka tolong "set up" sistem fertigasi mini utk buat kios bagi tujuan "pameran hidup" utk pendidikan warga SEMASA.

Minggu depan saya akan up load gambarnya. Anak-anak Alimin ini baik sungguh, cukup senang saya minta kerjasama.  Berbanding keperitan urus ratusan polibeg fertigasi "di rumah lama" dulu, ini kira kacang je.

 


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO