Monday, March 29, 2010

UNIT AGRONOMI SEBAGAI "LITTLE SEMAIAN"

Apa sahaja yang ada di SEMAIAN akan kami cuba buat benda yang sama di unit  ini, cuma saiz sahaja yang berbeza, maklumlah di SEMAIAN ada berdozen-dozen guru vokasional sedangkan di SEMASA keupayaan kewangan dan tenaga kami sangat terhad... tapi semua itu bukan halangan tapi cabaran kepada kami.

Selain koleksi (sila klik setiap satu ) gambar kemenjadian, telur masin,cactus corner, tanaman sayur fertigasi, hidroponik,pokok naga, terarium, rossel, ikan keli, betik , mulberi ,lidah jin dan beberapa lagi akan diposting kemudian.

Ini adalah gambar terbaru aktiviti  tanaman yang ada di Unit Agronomi SEMASA.  Unit ini juga dimakmurkan dengan aktiviti golongan istemewa sebagai perkongsian pintar yang memberi manfaat kepada seluruh  WARGA SEMASA.





Sunday, March 28, 2010

LIDAH JIN

Suatu hari aku masuk bilik bos.  Di suatu sudut bilik beliau saya terpandang pasu lutsinar  yg sangat menarik dan di dalamnya terdapat  tubuhan unik yang dikenali sebagai "mother in law's tongue"(nama lain bagi lidah jin). Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Sansevieria, tergolong dalam famili Agavaceae.
 ( ini sekadar gambar hiasan kerana tak minta izin lagi dari bos utk ambil gambar Sansevieria miliknya lagi)


Lidah jin senang ditanam, cukup tahan lasak mudah hidup serta sesuai ditanam di tempat teduh untuk hiasan dalaman.  Tumbuhan yang mempamerkan daun pelbagai corak, berbentuk seperti pedang pendek atau panjang dengan muncung tirus di hujungnya.  Sifat tumbuhan ini tidak perlu disiram selalu kerana akan menyebabkan akarnya reput.  Medium hanya perlu setakat lembap bukan basah.  Rahsia keindahannya juga adalah bergantung kepada pasu yang cantik agar seri tumbuhan ini lebih menyerlah.

.. ini pula pokok lidah jin yang kami tanam di pintu masuk Unit Agronomi.
Masing masing tekun menanam tumbuhan agar cepat siap

Saturday, March 27, 2010

UBI KAYU REBUS

Sesekali teringat dulu pergi Parit Jerman dgn Salleh beli keratan ubi kayu untuk di tanam di ladang SEMAIAN.. entah apa lah khabarnya tanaman ubi kayu tu...

...andainya aku masih di SEMAIAN tentu aku ajak Si Salleh tu jual ubi kayu macam dalam gambar ni. Sedap makan waktu pagi. sedap makan waktu hujan, sedap makan di tengah bendang walau hanya cicah dengan ikan pekasam

ROSSEL KAMI TELAH MULA BERBUNGA

....ini antara kumtuman bunganya yang pertama berseri dan cantik.  Kami akan memproses buahnya nanti untuk dijual dalam bentuk jus.  Jenamanya akan ditentukan kemudian.

BENDANG BANYAK PACAT, BANYAK SELUT CUMA HARAP HARAP TIADA LINTAH

Utuh Halui , Utuh Ganal dan Utuh Haliling ni sebuk mencuci selipar mereka yang banyak selut.. maklumlah orang tak biasa turun ke sawah. Lekat pacat seekor riuh sekampung.

Friday, March 26, 2010

JUALAN TELUR MASIN UNTUK DANA LASBELA MAHA 2010

Kami gunakan polisterin burger untuk tujuan pembungkusan

Bagi  telur masin jenis rendaman bekas ini mampu memuatkan tiga biji telur
Ahli Persatuan Sains Pertanian sedang membungkus dan menggred telur

Langkah seterusnya kami menjenama produk ini sebagai "SPT ENTERPRISE"
Telur yang telah siap dibungkus disusun rapi dalam bakul yang cantik agar "presentation" lebih menyerlah

Telur yang telah siap dan sedia untuk dijual
 Menjual telur masin yang mereka proses sendiri dari "A to Z".  Saya hanya memantau dan memberi sedikit nasihat dan panduan.

Thursday, March 25, 2010

CARI DANA UTK LASBELA MAHA 2010

Dalam sehari dua ini kami telah berjaya menyiapkan terarium ini yang telah ada pembelinya. Harga murah untuk kawan kawan cuma RM 80.00 . Kebanyakan bahannya kami dapatkan dari Cameron Highland.

Kerana pelanggan kami ini masih baru dan kurang mahir dalam penjagaan terarium , jadi kami lebih banyak menggunakan tumbuhan dari kumpulan kaktus. 

Wednesday, March 24, 2010

"AIR DAH MASUK"

"AIR DAH MASUK"- istilah inilah yang sering digunakan oleh pesawah bila air telah mula dibekalkan melalui parit "pengairan" untuk membanjiri sawah.  Sawah kami di hujung kampung jadi bekalan air yang sepatutnya mula mengairi sawah pada 15 Mac 2010  hanya kami terima mulai hari ini 24 Mac 2010.


Kerana masalah pengairan ini maka tidak hairanlah ramai pesawah jiran-jiran kami yang telah "membubarkan" bidang usaha padi dan bertukar kepada tanaman sawit.

KAWALAN PADI ANGIN

Selepas tanah ini di ratakan semula, benih-benih padi angin yang tertanam di dalam tanah mula keluar dan bercambah dengan banyaknya.

Kerana tanah ini perlu dibajak dengan kadar segera. Kami menggunakan racun rumpai yang "membunuh"  dengan cepat.Maka itu kami menggunakan racun dari kumpulan paraquat yang mapu  "membakar" dalam hanya jangkamasa tempoh tiga jam sahaja telah menunjukkan kesan. Kos racun RM 72/8 liter dan upah RM 120.00.

 Lima jam selepas diracun- semua sudah bertukar kuning perang (mati terbakar akibat kesan racun )

Monday, March 22, 2010

CACTUS CORNER

Baru tadi kami berjaya menyiapkan projek "cactus coner". Tanaman yang hanya perlu disiram sekali sahaja dalam satu minggu.









Thursday, March 18, 2010

PASANAN UNTUK KULAAN .. DIBACALAH JANGAN KADAK DIBACA

LAUGAN AZAN DARI MUHAMMAD TAHA AL JUNAYD

Tuesday, March 16, 2010

TITIK PERTEMUAN BURUNG BELIBIS, PADI ANGIN DAN SIPUT GONDANG EMAS

"Cabaran paling getir untuk pesawah ialah "padi angin" - antara hasil " mutasi " dari "kecacatan gen" maka kedapatanlah  varieti banih baru yang tidak dikehendaki  ini. Akibat kawalan "pengasingan" tidak rapi benih ini terus disebarkan melalui jentera yang dikongsi akibat sifat lemah manusia.  Padi angin akan "menyedut" baja dan nutrien dalam tanah serta bersaing utk mendapatkan ruang dan cahaya dengan "padi sebenar" yang ditanam oleh petani.  Namun bila padi angin sudah cukup matang pada musim menuai padi ini tidak akan dapat dipungut kerana buahnya  akan lerai luruh ke tanah walau dengan hanya "selembut" tiupan angin atau gegaran  mesin jentuai".... begitulah rungutan petani (kata-kata yang saya petik dari warong kopi).

 Antara langkah yang dilakukan oleh jiran-jiran untuk mengawal padi angin ialah tabur terus biji benih dalam air, namun mereka akan berhadapan dengan makhluk di bawah yang kami panggil burung belibis.  Burung ini punya kaki dan mulut seperti itek namun mampu terbang sepantas burung biasa dengan lincahnya, bergerak secara berkumpulan dan mampu memusnahkan kawasan yang cukup luas dalam satu malam sahaja. Sawah yang berair akan hanya memudahkan tugas mahluk ini "memusnahkan padi".

Sawah yang berair juga menyukarkan kawalan siput gondang.  Antara kaedah kawalan siput  yang paling berkesan ialah mengeringkan kawasan sawah padi... namun bila sawah dikeringkan  masalah "padi angin" akan mula menyerang. Bila berair pula itulah yang ditunggu-tunggu oleh siput dan belibis.

Jalan penyelesaian lain untuk padi angin adalah seperti di bawah.. namun kaedah ini dikatakan tidak praktikal.

 ... dengan perkataan lain kita berpatah balik kepada kaedah lama.

Maha suci Allah dengan hanya menghantar padi angin sebagai ujian. Manusia mampu mencipta racun selektif yang mampu memusnahkan rumput tetapi tidak membunuh padi, namun bila rumpai berkenaan juga dari "spesis"padi tapi dari katogeri rumpai  semua jadi pening kepala.

Saturday, March 13, 2010

Biowall



One of the most stunning features of the IL Centre is it’s 3-story Biowall. More that a conversation piece, it helps remove VOCs from the building which can contribute to ’sick buildlings

Alex Schlegel Machine & Roto Bull






Source:amandabauer.blogspot.com
via RapidEye

Friday, March 12, 2010

WAKAF

Untuk dijual  layari :
http://spa-herba.blogspot.com/2010/01/wakafgazebo.html



Wakaf/Gazebo yang di perbuat dari kayu cengal, resak dan kayu² lama. Atap menggunakan atap genting.

Ukuran :

1. 6 kaki x 8 kaki = RM5,200
2. 6 kaki x 6 kaki = RM4,800

Tuesday, March 9, 2010

A walk in the park



There is nothing like the feel of bare feet in the grass
Sumber : http://militantplatypus.mps-games.com/blog/archives/3136

Monday, March 8, 2010

NOSTALGIA BERSAWAH DULU - DULU

Setelah sekian lama meninggalkan "Alam Sawah" kini aku kembali "back to future". Bila menceburkan diri dalam dunia tani pasca era siber ini banyak rupanya yang kena belajar semula...  seperti baru bermula , segalanya kena lakar kembali  bermula di atas sehelai kertas putih.   Belajar mengurus, belajar berkomunikasi dgn masyarakat setempat, belajar merancang dll.

Terkenang zaman kecil dulu sewaktu  membantu arwah ayah di sawah... bersawah cukup mudah, tak perlu baja (tanah memang dah subur dgn baja organik tersedia) , tak perlu racun (hakikatnya keseimbangan kawalan biologi berfungsi dgn baik ), semuanya hanya perlukan ikhtiar kudrat tulang empat kerat... dan selebihnya hanya perlu menadah tangan memohon keberkatan dgn doa pada Allah.

 
 Orang dulu-dulu sawahnya banyak batas dan juga banyak pokok mangga  sebagai tempat berteduh. .  Musim padinya setahun sekali maka itu  ikan sempatlah membesar. Jualan hasil mangga dan tangkapan ikan pada  musim menuai menjadi pendapatan tambahan kami.  Zaman itu dikenali sebagai "PADI TAHUN" dengan varieti dikenali sebagai Mat Chandu, Masuri, Malinja, Ria dll.
  
 Dulu-dulu susah... seawal pagi  dah buat kerja ini, selepas zuhor matahari masih terpacak terik kena turun lagi buat kerja ini hingga penghujung asar. Kekadang tersilap "tajak" kena kaki. Aktiviti menajak ini memakan masa berbulan-bulan lamanya walaupun sawah tak seluas mana.  Tapi kami ada cara membuat aktiviti ini sebagai menyeronokkan iaitu secara "BERDERAU".. turun secara beramai-ramai dan bergilir-gilir.Tuan bendang akan menyediakan "sajian berderau". waktu itu pulut kukus yang dicicah pekasam sudah dikira cukup enak dan mewah.
  
 Menanam dgn kuku kambing... membongkok sepanjang hari dgn berjalan mengundur.  Nak dapat duit lebih ambil upah hingga ke Chui Chak Langkap.  Hanya yg mahir dipercayai utk buat kerja menanam macam ini.  Pastikan mata kuku kambing dicucuk pada akar benih padi bukan pada batang padi.
  
 Rumah desa dgn kehidupan sederhana. Tiada penghawa dingin... namun kekisi tingkap dan peredaran udara yang baik membuat penghuninya sentiasa sejuk.  Sejuk juga waktu itu kerana di setiap rumah menjelang maghrib akan kedengaran bacaan Al Quran sambung menyambung.  Bila tiba waktu kenduri seluruh kampung akan marhaban dan berzanji sepanjang malam... waktu itu mana ada astro dan liga premier.
 
Damainya desa, hidup tanpa tekanan, kami saling mengenali dan memerlukan.  Seluruh kampung adalah bersaudara dgn ikatan yang sangat rapat ibarat sebuah keluarga besar yang harmoni.

Gambar sekadar hiasan sahaja yang perolehi dari FACE BOOK BUBUHAN KULAAN URANG ALAI BORNEO

Saturday, March 6, 2010

SELEPAS KHAILAN, BAYAM DAN KINI PAK CHOY.

Selepas kecewa dengan polibeg yang mudah reput selepas hanya beberapa bulan digunakan kami menggunakan pasu plastik murah untuk fertigasi tetapi tahan lebih lama.

 
 Pada pasu inilah warga SEMASA berlatih menanam khailan ( Okt 2009 ), bayam (Jan 2010) dan kini pusingan yang ketiga Pak Choy ( Mac 2010 )... medium tanaman dan pasu masih sama.  Selepas ini kami akan mencuba tanaman yang lebih mencabar seperti cili,  terung dan seterusnya melon... insya Allah jika kewangan PCG mengizinkan.
  
 Seronok petik sayur tanaman sendiri...
  
 Belajar menggred dan membersih sayur sebelum....
 
...kami beri free je pada warga SEMASA yang bernasib baik terjumpa kami kerana matlamat kami bukan utk komersial tetapi utk P & P.
... kerana utk komersial kami ada produk lain... TUNGGU DALAM HANYA TIGA MINGGU LAGI KAMI AKAN MULA MEMBUAT JUALAN.

SET HIDROPONIK PRODUK 'semasa"

Suatu ketika ramai pengusaha pertanian tanpa tanah beralih dari hidroponik kpd fertigasi... namun kini semacam terbalik pula apabila pengusaha baru lebih meminati hidroponik.  Cuma masalahnya kini semakin sukar utk mencari set hidroponik lengkap di pasaran.

Pelajar "SEMASA"  ini sangat kreatif hanya sedikit panduan dan idea dari saya selaku fasilitator, mereka mampu menghasilkan sendiri set hidroponik dengan   hanya menggunakan bahan buangan yang didapati dari koperasi sekolah dan persekitaran mereka.

 


  

  

  

  

  
 Kos yang sangat jimat... dalam sekit masa lagi kami akan upload gambar sayur yang akan kami tuai... insya Allah.
Mereka ini bukan anak petani yang hanya  layak berada di sawah tapi juga mampu meneroka pertanian berteknologi tinggi.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO