Sunday, August 30, 2009

MENU PETANI

1. Iftar ( berbuka puasa ) bersama petani menu sederhana, kos yang rendah , nikmatnya merapatkan ukhwah.


2. Makan dalam talam kongsi ramai-ramai, duduk ikut sunnah saw memang sedap...


3. Semalam sewaktu singgah di sebuah hotel di K.Lumpur aku terbaca belanja berbuka secara buffet RM 48.00 seorang ( mahalnya ). Tetapi belanja Iftar bersama penanam padi ini hanya RM 300, boleh makan ramai-ramai seluruh jemaah surau, malah kepuasannya lebih berganda lagi.... mungkinkah ini namanya keberkatan.?

....namun majlis berbuka petani ini dimulai dgn tahlil dan doa, sedangkan sajian juadah berbuka di hotel berbintang diiringi muzik......

Friday, August 28, 2009

Guideline for the use of surgical mask

As this kind of virus is droplet spread, the surgical mask is an essential protective barrier for this outbreak. As a result, the surgical mask became in short supply. Therefore, everyone should know the corrective way of use to create the utmost efficacy.
However, there are several questions about wearing surgical mask such as:

There are 2 sides of surgical mask and the white color side contains filter. The corrective ways of use are:
- If we have flu, the white side should attach to our face (the color side faces out) to filter the micro-organism not to spread them out to others
- If we are not ill, the white side should face out to protect micro-organism from environment to come to contact with us

Tuesday, August 25, 2009

Masjid kampungku yang indah lagi makmur


Jika DI SISI ALLAH seseorang manusia itu bukan diukur dari segi pangkat, darjat, pingat atau keturunan tetapi ketaqwaan, masjid pula diukur dari segi MAKMURNYA.

Walaupun mereka cuma petani hidup sederhana seadanya, namun mereka bebas dari memperhambakan diri untuk pangkat, bebas dari mengejar kemasyhuran. Sentiasa mengutamakan hak Allah jika bertembung dgn hak manusia.

Malam Ramadhan , atau siang bulan biasa hari bekerja namun masjid ini sentiasa makmur dgn jemaah yang hidupnya, matinya kerana Allah,kerana mereka sedar betapa mahalnya harga
syurga Allah.

Aku bangga dan syukur punya jiran-jiran seperti mereka..

Monday, August 24, 2009

Kapur Dolomite Untuk Memperbaiki Tanah Berasid

Dolomite adalah sejenis kapur pertanian , ia kapur yang lebih baik kualitinya berbanding kapur biasa. Ada beberapa jenis kapur di pasaran atau dipanggil Ground Magnesium Lime (GML) seperti kalsite, dolomite, magnesite, gypsum.
Secara purata kandungan Mg dalam dolomite ini 18%


Kapur dipakai untuk perawatan tanah ialah dolomite (yang terbaik), kapur GML/pertanian biasa dan gypsum (kualiti lebih rendah). Dolomite adalah kapur GML yang baik untuk tujuan agrikultur kerana kandungan Magnesiumnya yang tinggi, 18-22%. Kalsite, magnesite biasa dipakai dalam industri pembuatan kaca dan logam.

Untuk tahu perbezaan Potassium dan Kalium sila Klik : POTASSIUM


Sunday, August 23, 2009

"KELUAR DARI KEPOMPONG"

Aku selalu terfikir mengapa kini pada malam hari raya orang tak bertakbir sepanjang malam, mengapa menjelang ramadhan barulah masjid surau penuh utk seketika, mengapa ujud bazar ramadhan, mengapa budjet melebihi bulan-bulan biasa, mengapa orang tak bersembahyang raya di padang lapang, mengapa 10 malam yg terakhir bilangan jemaah makin kurang?

Aku juga tertanya-tanya mengapa orang sibuk memasang lampu panjut, lampu warna-warni menghiasi keliling rumah, berbelanja besar ganti langsir baru, perabot baru, masa inilah juga baru nak ziarah kubur?

Mengapa dulu solat tarawikh rakaatnya 36 kemudian menurun 20 dan kini cuma 8.Aku juga tertanya tentang kisah "malam tujuh likur"?

Mengapa pula sambutan E'dulfitri lebih meriah dari E'dul Adha yg hari takbirnya lebih lama?

Mengapa kampung2 tua dulu raya E'dulfitrinya cuma sehari kemudian satu kampung berpuasa enam, tetapi mengapa pula kini dah ada hari raya ke 2 , hari raya ke 3 hingga hari raya ke 30?

Juga aku sering membayangkan bagaimanakah sebenarnya Rasulullah dan para sahabat menyambut ramadhan dan syawal?, .....agar kerja buat kita mengikut sunnah Rasulullah saw.

......dan kini aku juga tertanya-tanya??? klik:

1. Ramadhan

2. Syawal

Gambar di bawah sekadar hiasan "bagaimana kupu-kupu yang berusaha keluar dari kepompong".

Berusaha keluar dari kepompong

keluar dari kulit kepompong

Meluruskan sayap

...marilah kita belajar sesuatu dari kegigihan makhluk Allah ini...

"BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL"

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Lonely Tree Series #3 (Cokin P122) by Sir Mart Outdoorgraphy™.
Seperti penanam padi, mereka akan membuang segala rumpai,membersih sawah mereka sebelum bercucuk tanam..begitulah perumpamaan membersihkan hati, seketul daging yg jika baik, maka baiklah seseorang insan itu.

Orang yang hitam hatinya bila masuk bulan Ramadhan, tak ada faedah. Jadi, baik kita sama-sama bersihkan batin kita untuk menyambut bulan yang mulia, Ramadhan yang diberkati.

Bila seorang anak Adam berbuat dosa, dititikkan satu titik hitam pada hatinya. Begitulah juga halnya pada pembuat amalan baik, satu titik putih akan tumbuh pada hatinya. Sehinggalah akan jadi dua jenis hati, hati hitam legam dan hati putih suci yang menerima kebaikan dan menapis keburukan yang masuk ke dalamnya. Hakikatnya iman boleh bertambah juga boleh berkurang.

Rukun taubat ada tiga. Meninggalkan kesalahan yang dilakukan, menyesal dengan apa yang telah dibuat, berazam untuk tidak mengulanginya.

Para ulamak rah.alaihim telah menambah rukun taubat yang keempat iaitu jikalau dosa kita sesama manusia maka hendaklah dipulangkan hak mereka yang kita ambil dan pohonlah secubit kemaafan.

........sekadar renungan menyambut Ramadhan al Mubarak, yg permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan dipenghujungnya dijauhkan dari api neraka..

Walahhuaklam

KELEBIHAN BERCUCUK TANAM

Sila klik :http://15malaysia.com/

kemudiak klik video " the tree" ( pokok)

KAMBING


Sejak akhir-akhir ini hampir setiap petang aktiviti kami tengok kambing "atuk" di kampong, buat apa yg patut je, beri makan , buat unggun api utk asapkan halau nyamuk, kalau tidak malam-malam kambing tak boleh tidur, bila kurang tidur maka khuatir nanti mudah kena penyakit

Kelebihan menternak kambing ialah :

1. Ternakan yang mudah jinak, manja suka dibelai dan senang dijaga.
2. Ia boleh diternak dengan modal yang kecil. Boleh dimulakan dengan 2 ekor sebelum di
kembangkan lagi. Beberapa penternak yang berjaya kini rata-rata memulakan penternakan
mereka di bawah 10 ekor. Setelah beberapa tahun ada yang berkembang hampir puluhan malah ratusan ekor.... tentu kita masih ingat kisah Sa'labah yg kaya selepas memohon didoakan dari Rasulullah saw, menjadi kaya dgn menternak kambing.
3. Ternakkan kambing ini tidak memerlukan kawasan yang luas untuk diternak.
4. Memakan rumput-rumput dan pelbagai daun-daun yg mudah didapati sekitar rumah
5. Kadar pembiakan yang kerap dengan kelahiran kembar kerap, dgn bilangan anak 3 atau 4 ekor.
6. Permintaan tinggi, dagingnya mahal. Negara kita masih mengimport dari luar.
Terdapat beberapa laman web yang memberi maklumat tentang penternakan ini. Diantara laman
web yang boleh anda lawati adalah seperti:
1. Kementerian Pertanian; http://agrolink.moa.my/
2. Jabatan Haiwan Perak ; http://www.jphpk.gov.my/
3. MARDI; http://www.mardi.my/

Malah pada masa kini terdapat berpuluh blog yang menceritakan tentang penternakan kambing
di Malaysia. Antara blog yang boleh anda lawati seperti:
• www.penternak.blogspot.com
• www.boervilla.blogspot.com
• http://aminagrotech.blogspot.com/
• http://www.kambing-boer.blogspot.com/
• http://www.myboer.blogspot.com/
• http://integratedfarm.blogspot.com/
• http://rantauagrofarm.blogspot.com/
• http://ladanguluyam.blogspot.com/
• http://assakinahagrofarm.blogspot.com/
• http://kelian-farm.blogspot.com/

Wednesday, August 19, 2009

NOSTALGIA UPM

Minggu lalu saya ada urusan di Putrajaya, bukan tau sangat pun jalan nak ke sana, syukur ada bantuan GPS. Dalam perjalanan balik saya melalui UPM, terlihat kain rentang tentang pesta konvo sedang berlangsung, lalu saya membelok ke kampus itu, saja nak tinjau-tinjau dan mengimbau kenangan lama sewaktu zaman aku menjadi ulat buku.


1. Pesta konvo? tentunya berpusat di Bukit Ekspo, utk ke situ saya memandu masuk ikut Jalan Ladang melalui tasek saya terkejut melihat laluan ke Bukit Ekspo seperti gambar di atas... usang dan terbiar, dulu-dulu bila menjelang pesta konvo inilah laluan yg paling sebuk, namun kini sunyi dari riuh hiruk pikuk manusia... hati kecil ini berkata zaman dah berubah, kesibukan itu dah lama berlalu, itu cerita 20 tahun yang lalu. Rupanya kini pesta konvo berpusat di Dewan Besar sahaja.
2. Batalkan sahaja hasrat ke pesta konvo , saya terus memadu menuju KK9, namun kini dah berubah nama jadi KPZ. Blok yg tengah dan di tingkat 3 itulah bilik saya dulu. Pemandangan dari bilik itu cukup indah dgn kehijauan ladang sejauh mata memandang. Ladang sayur di bawah itulah dahulu kami menjalani amali perkebunan , waktu itu bila petang sangat meriah dgn aktiviti pelajar bercucuk tanam.

3. Sewaktu tahun pertama menjejakkan kaki di UPM, kami kena berjalan kaki dari KK9 hingga ke PPPL ( 3km) setiap hari kerana dewan kuliah matrikulasi kami menumpang di sana. Pergi balik dah hampir 6km. Kalau hari jumaat lebih parah kerana berjalan kaki ke masjid Mardi ( 2km), lepas solat jumaat berjalan semula ke PPPL pada arah bertentangan , masa tu rasa nak tercabut tumit kaki, belum ditambah terik matahari.....perit!!!!!


4. Ini antara lalun pintas kami utk ke PPPL melalui KK5 ( sekarang tentu dah ada nama lain).


5. Tangga KK5 ini menuju terus ke KK2 (tak tau la apa nama barunya), setiap hari sesiapa sahaja yg berjalan kaki akan melalui tangga bersebelahan dewan makan KK5 ini utk jalan pintas...kami ada seribu memori di sini.


6. Sewaktu saya mula mula mendaftar di UPM dulu pokok di KK5 ini macam ini jugalah besarnya, hari ini pun masih tegap berdiri antara blok kalui dan blok kelah.

7. Tahun ke dua di UPM saya dah ada motosikal walaupun buruk tapi rasa nikmat tak terhingga, laluan kuliah dah berubah ikut KK7. Masa itu kereta perisai ini baru diletakkan sebagai tugu, jadi setiap hari pasti kami akan melihatnya hingga melekat dalam fikiran.

...sambil mengelamun tetiba handsetku berbunyi, rupanya panggilan dari isteri bertanya khabar & perkembangan tugas, sambil menjawab semuanya dah selesai dan ucap syukur dipermudah Allah segala urusan , dan aku set balik GPS "HOME" ikut navigator aku terus memandu balik kerumah... meninggalkan seribu kenangan sewaktu zaman belajar.

PELBAGAI JENIS VARIETI DARI SEPOHON MANGGA


Inginkah anda mempunyai sepohon mangga tapi dari pelbagai varieti?


1. Sediakan beberapa sion dari baka terbaik seperti di atas.


2. Gunakan kaedah cantuman dengan mengikatkan sion itu menggunakan parafilem.


3. Pastikan ikatan anda cukup kuat , juga pastikan kulit sion mesti bertemu kulit pokok penanti (sama saiz).


4. Sekup tunas sion agar dapat mengekalkan kelembapan.


Ulangi proses ini pada pokok penanti yang sama dengan memilih sion dari variti jenis baka lain.

Nah sekarang anda dah punya sepohon mangga tapi ada pelbagai jenis buah... barulah unik.

Tips: pokok penanti yang terbaik ialah pokok mangga padi yg masam kerana akarnya yg banyak kuat.

Tuesday, August 18, 2009

PENGELUARAN TANAMAN 2009

Koleksi Gambar Projek Pengeluaran Tanaman 2009. Koleksi gambar yg kami abadikan sebagai kenang-kenangan Tn HJ Mahsuri sebelum beliau bersara sebagai PEMIMPIN SEMAIAN... meninggalkan unit Tanaman DALAM KEADAAN PRASARANA YANG TERBAIK.

Projek Fertigasi Menggunakan Graviti





Projek Fertigasi Bersama ULKS


Projek Cendawan



Projek Cacing




Projek Autoport





Projek Terung Fertigasi




Unit Kebun Sayur Jenis Daun, Kekacang, Umbisi dan Buah










Projek Ubi Kayu


Hidroponik Takung








Rumah Semaian


Projek Tanam Semula Pisang




Projek Buluh Madu



  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO