TIPS CANTUMAN POKOK RAMBUTAN/DURIAN
Ada kawan2 yg mengeluh bila buat amali cantuman cuma sekadar buat sahaja,tetapi tidak berjaya, Minggu lalu saya bersama beberapa teman BERGURU KPD TN HJ MOHD NOR dari Titi Gantung, seorang pakar yg berpengalaman selama hampir 30 tahun dlm kerja kerja sebegini.
Mari kita syer sebagai amal baik ilmu yg bermanfaat dari beliau:
1. Pokok penanti dari varieti yg berakar kuat, seperti durian hutan, mangga padi masam (telur), rambutan masam yg banyak buah lagi tidak lekang... itu la jangan sangka benda tu tidak berguna, tiap kejadian Allah ada manfaatnya.
2. Pemilihan sion adalah yang terpenting, pilih dari baka terbaik (seperti pilih isteri dari nasab golongan yg beriman.......)
Kulit sion mestilah rangup ( mudah dikepak keluar kulitnya) juga "bercahaya" kehijauan.
3. Jika sumber sion untuk durian pastikan tunasnya berbentuk ketam (lihat gambar di atas )
4. Perhatikan warna kulit sion utk rambutan gambar ni , ada warna kehijauan dan sebesar batang pensil kerana itulah yang terbaik pada NO 1 dan yang NO 2 tu tak boleh digunakan kerana dah berwarna perang ( dah tua le ).
5. Gunakan pisau yg bersih utk membuat kelaran pada pokok penanti. Buat dua kelaran selari dgn tidak melebihi 1/3 ukur lilit batang pokok penanti.
6. Tarik keluar kulitnya yg berbentuk lidah, tapi tutup balik pada kadar segera supaya lendir pada kambium tidak kering. (sebaliknya kalau tut / markot kita kikis lapisan tu)
7. Mari kita pergi semula kepada penyediaan sion. Buat kelaran macam sembelih ayam pada no 1 dan siat pada no 2.
8. Masa kepak keluar kulit ini juga perhatikan ada "biji seperti kekacang" pada bahagian kulit dalam sion (macam NO 1 pada gambar di atas ). Jika "biji" itu tertanggal cantuman tak akan berjaya.
9. Bila dah siat kita tentu kenal bahagian atas dan bawah( jangan terbalik tampal nanti lambat hasil kejayaannya). AWAS! MESTI TAMPAL PADA KADAR SEGERA! SEMUA PROSES KALAU BOLEH SIAP KURANG 1 MINIT, dan jangan lebih 2 minit. Utk elakkan sion dan penanti jadi kering. ... Itulah rahsia kejayaan sebenar.
10. Balut dari BAWAH KE ATAS dengan pita palstik utk mengelakkan dimasuki air hujan. Jika dari atas ke bawah adalah cara yang SALAH... air hujan akan masuk le.
11. Jika durian kita balut seperti di atas
12. Jika rambutan pula kita boleh balut keseluruhannya.
13. Bila tunas yang dicantum itu didapati masih hidup selepas 3 atau 4 minggu, barulah potong ranting-ranting lain pada pokok penanti. potong jangan tak potong nanti tunas yang kita cantum itu yang itu akan lewat utk membesar.
Apa macam ? dapat tak tips baru? semua ilmu kita kena TERUS BELAJAR , ilmu sembahyang juga kita kena terus belajar, yg belajo solat masa sekolah rendah tu masa bebudak, dema ajor le cara bebudak, bila dah tue ni kena la beguru juge kpd yg lebih handal... jom kita mengaji pi suaru, pi masjid ramai-ramai.
Majlis ilmu ialah taman antara taman- taman syurga.
"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
8 Comentários:
Terima kasih tuan
Terima Kasih banyak banyak , Semoga diberkati Allah Amin
Mudahan ilmu yg d ajar untuk kebaikan bersama.
Terima kasih byk2 tn
Tq so.much tuan..
terima kasih.ilmu yg sgt bguna pada saya
Boleh tak matatunas yg hendak dicantum menggunakan tunas air..tuan
Assalamualaikum..tuan..boleh tak saya nk belajar cara praktikal dgn tuan
Post a Comment