MAKANAN CACING
1. Semua orang tahu, najis cacing sangat baik sebagai baja tanaman, lagi banyak tahi cacing bertambah suburlah tanah itu.
Pagi tadi kami menyediakan makanan cacing pada kadar berikut :
7 kg batang jagung yg telah diracik & diperam selama 2 minggu.
2 kg tinja lembu
1 kg kertas surat khabar yg telah diracik halus ( menyerap lembapan )
2. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga sebati.
3. Kadar pemakanan bagi 1 kg cacing ialah 1 kg bahan tersebut untuk setiap hari. jadi untuk tempoh 1 bulan ( 30 hari ) , memerlukan 30 kg makanan di atas.
4. Bila dah siap ratakan pada petak tempat peliharaan cacing, pastikan ada lampu pada waktu malam, kerana jika gelap cacing akan keluar berkeliaran. Lagi baik jika ada jaring utk menghalang cacing dari keluar dari sarangnya... maklumlah cacing kita ni harganya mencecah ratusan ringgit setia kg.
5. Bila cacing keluar biasanya akan mati kerana lantai yg kering atau mungkin dimakan oleh semut....degil betul cacing ni, biasalahkan MANUSIA JUGA BANYAK YG DEGIL PERUMPAMAANNYA SEPERTI BINATANG TERNAK.
Kerana SIFAT degil manusia mengutamakan MAKHLUK, berbanding dengan hak ALLAH yang DIKETEPIKAN.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment