NOSTALGIA UPM
Minggu lalu saya ada urusan di Putrajaya, bukan tau sangat pun jalan nak ke sana, syukur ada bantuan GPS. Dalam perjalanan balik saya melalui UPM, terlihat kain rentang tentang pesta konvo sedang berlangsung, lalu saya membelok ke kampus itu, saja nak tinjau-tinjau dan mengimbau kenangan lama sewaktu zaman aku menjadi ulat buku.
1. Pesta konvo? tentunya berpusat di Bukit Ekspo, utk ke situ saya memandu masuk ikut Jalan Ladang melalui tasek saya terkejut melihat laluan ke Bukit Ekspo seperti gambar di atas... usang dan terbiar, dulu-dulu bila menjelang pesta konvo inilah laluan yg paling sebuk, namun kini sunyi dari riuh hiruk pikuk manusia... hati kecil ini berkata zaman dah berubah, kesibukan itu dah lama berlalu, itu cerita 20 tahun yang lalu. Rupanya kini pesta konvo berpusat di Dewan Besar sahaja.
2. Batalkan sahaja hasrat ke pesta konvo , saya terus memadu menuju KK9, namun kini dah berubah nama jadi KPZ. Blok yg tengah dan di tingkat 3 itulah bilik saya dulu. Pemandangan dari bilik itu cukup indah dgn kehijauan ladang sejauh mata memandang. Ladang sayur di bawah itulah dahulu kami menjalani amali perkebunan , waktu itu bila petang sangat meriah dgn aktiviti pelajar bercucuk tanam.
3. Sewaktu tahun pertama menjejakkan kaki di UPM, kami kena berjalan kaki dari KK9 hingga ke PPPL ( 3km) setiap hari kerana dewan kuliah matrikulasi kami menumpang di sana. Pergi balik dah hampir 6km. Kalau hari jumaat lebih parah kerana berjalan kaki ke masjid Mardi ( 2km), lepas solat jumaat berjalan semula ke PPPL pada arah bertentangan , masa tu rasa nak tercabut tumit kaki, belum ditambah terik matahari.....perit!!!!!
4. Ini antara lalun pintas kami utk ke PPPL melalui KK5 ( sekarang tentu dah ada nama lain).
5. Tangga KK5 ini menuju terus ke KK2 (tak tau la apa nama barunya), setiap hari sesiapa sahaja yg berjalan kaki akan melalui tangga bersebelahan dewan makan KK5 ini utk jalan pintas...kami ada seribu memori di sini.
6. Sewaktu saya mula mula mendaftar di UPM dulu pokok di KK5 ini macam ini jugalah besarnya, hari ini pun masih tegap berdiri antara blok kalui dan blok kelah.
7. Tahun ke dua di UPM saya dah ada motosikal walaupun buruk tapi rasa nikmat tak terhingga, laluan kuliah dah berubah ikut KK7. Masa itu kereta perisai ini baru diletakkan sebagai tugu, jadi setiap hari pasti kami akan melihatnya hingga melekat dalam fikiran.
...sambil mengelamun tetiba handsetku berbunyi, rupanya panggilan dari isteri bertanya khabar & perkembangan tugas, sambil menjawab semuanya dah selesai dan ucap syukur dipermudah Allah segala urusan , dan aku set balik GPS "HOME" ikut navigator aku terus memandu balik kerumah... meninggalkan seribu kenangan sewaktu zaman belajar.
2 Comentários:
Best place to order fake drivers license online.
Where to buy australia counterfeit online?
best juul pods online.
Post a Comment