MENANAM ANGGUR
1. Keratan yang telah bertunas ini berumur antara 2 hingga 3 bulan. Cenderahati dari Dr Abd Wahab.
2. Untuk mengelakkan keceraan pada akar sewaktu mencabut dari medium semaian, saya "tembak" sahaja dengan pancutan air supaya pasir-pasir itu hanyut ke lantai.
...sambil tu teringat sejarah... sewaktu perang Mesir dan Israel, seorang ulama mujahid Ikhwan Muslimin menggunakan idea ini ( tembakan air utk meruntuhkan kubu ) bersama pejuang islam utk memusnahkan kubu kebal Israel. Namun sewaktu kemenangan utk islam hampir tiba, Amerika telah menyelamatkan Israel melalui perjanjian damai "Camp Devid". Selepas itu Ikhwan Muslimin pula dimusuhi kerajaan Mesir (sekular) waktu itu, ada yg ditahanan oleh pemerintah waktu itu dgn siksaan yg tak terfikir oleh otak rasional kita....
3. Berbalik kepada anggur tadi ,selepas beberapa minit dipancut air, akar anggur dapat dilihat dengan jelas. Tak cedera dan mudah dicabut.
4. Bila dah selesai menanam kami buat naungan dari pelepah kelapa utk mengurangkan renjatan akibat terik matahari.
5. Hari ini kami berjaya menanam tujuh pokok anggur di sekeliling rumah. Kena pagar dgn jaring dawai utk mengelakkan dicakar ayam.
1 Comentário:
Best place to order fake drivers license online.
Where to buy australia counterfeit online?
best juul pods online.
Post a Comment