Thursday, May 6, 2010

AKTIVITI TANI 6 MEI 2010

Pagi ada kelas "relief" jadi minta jasa baik pelajar ini untuk bantu memetik buah rossel, permintaan yang tinggi untuk jus rossel tapi kami ada kekangan masa dan tenaga.  Matlamat kami untuk pengkayaan p & p bukan komersial.  Harap yang masih tak dapat merasa jus rossel tu jangan kecil hati.

Waktu rehat pelajar ini buat pengurusan fertigasi. Kami periksa semua paip berfungsi dengan baik, kami juga melakukan kawalan kimia.


Kumpulan lain pula menyemai terung, mana-mana pokok cili yang berpenyakit, atau tidak sihat nanti kami akan sulam ganti dengan tanaman terung.  Kaedah ini ada kelebihan kerana kami ada kepelbagaian produk, bermakna juga lebih pendedahan.  Kami memilih terung kerana ada banyak persamaan antara terung dan cili, lagipun kami menggunakan tangki nutrien yang sama.

Petang lepas solat asar kami santai di tepi sawah merancang untuk program pembajaan pada hari ke 35 HLT kerana hari ini padi kami telah berusia 28 hari.
 Menghampiri hari ke 35 padi kami telah menunjukkan tanda tanda kekuningan pada beberapa bahagian sawah.
Tanda kekuningan daun bukan boleh main agak-agak sahaja. Alat untuk mengukur kesuburan daun (kehijauan ) ini dipanggil LCC (leaf colour chart ).
Kuantiti Urea yang perlu dibekalkan bagi memenuhi keperluan N untuk target hasil yang tertentu.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO