Monday, May 10, 2010

PEMBAJAAN PADI KALI KE DUA

  Hari ini 10 Mei 2010 merupakan hari ke 34 HLT. Kami melakukan program pembajaan yang kedua.  Jika mengikut syor Jabatan Pertanian program pembajaan adalah seperti berikut klik . Namun  kami bimbang berlebihan unsur N padi akan rebah kerana akar yang tidak cukup berkembang akibat tanah yang masam.
 Mengambil jalan selamat hanya menggunakan unsur N pada tahap paling minima kerana kami masih belum membuat kajian tahap kemampuan/keperluan  tanah ini terhadap nutrien N (urea).

Bagi program pembajaan 34 HLT ini kami menggunakan :
12 beg baja compaud (17.5:15.5:10)-baja bantuan
2 beg baja NPK blue (16:16:16) RM 115/beg
4 Beg baja urea.(baja bantuan)

Kami juga tidak dapat menggunakan baja tunggal MOP kerana tidak terdapat baja yang sesuai dipasaran ketika ini. Kebanyakannya dalam bentuk serbuk yang sukar diurus.
Penggunaan baja pada kadar yang betul, dan tanah sawah pada pH yaang betul akan menghasilkan pokok padi seperti di bawah:
Akibat pembajaan berlebihan unsur N pokok padi berdaun lebat, ini hanya akan mengundang serangan ulat dan penyakit kulat, pokok juga  akan menjadi tinggi dan mudah tumbang, namun unsur N adalah keperluan penting untuk peningkatan hasil... sukarnya pesawah membuat keputusan.
 Merujuk kepada program pembajaan sasaran 10tan/ha rasanya terlalu jauh kami ketinggalan terutama dalam penggunaan unsur N (urea).  Kami behadapan dengan tanah bermasalah ibarat motor cup dgn superbike kerana tanah kami bukan tanah Sekincan atau jelapang Kedah yang tiada halangan dalam sebanyak manapun penggunaan baja urea.

3 Comentários:

Reynox said...

slm.telah terbukti para petani yang menggunakan baja foliar jenama REYNOX telah dapat meningkatkan hasil padi mereka 10 tan/ha.rujuksistem penanaman padi reynox melalui web reynoxmalaysia blogspot.com .maju petani maju negara

Unknown said...

Terbaik

kelvin said...

Best place to buy 1g disposable presidential og online.
Where to order 1g disposable jack herer near me?


















































Best place to order beachberry cake carts online.
Where to buy berry punch carts online?
























































































best juul pods online.

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO