MEMBAIKI SOKONGAN CILI FERTIGASI
Setelah memeriksa sokongan yang menggunakan dawai yang terlalu kecil kami mengambil keputusan untuk menukarkannya dengan bahan lain yang lebih kukuh.
Kami terpaksa membuka semula tali yang telah diikat pada pokok dan dawai,apa pun tidakan ini lebih baik dilakukan pada peringkat awal pertumbuhan cili kerana lebih mudah dilakukan.
Selepas siap nampaknya sokongan ini lebih kemas berbanding sebelumnya.
Barisan pokok cili yang lebih selamat dengan sokongan baru yang lebih kukuh.
Kami melakukan kawalan kimia setiap tiga hari sekali bagi menghindari serangan wabak bena yang beleluasa. Kami mengambil tindakan ini kerana terdapat puluhan ekor bena yang hinggap di atas pokok cili ini pada satu-satu masa.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment