Friday, May 28, 2010

Padi 52 HLT

Tanda-tanda kekuningan telah mula kelihatan selepas pembajaan terakhir pada 34 HLT ( 18 hari yang lalu). Berdasarkan tempoh masa yang diambil untuk berubah warna maka tindakan kami melakukan pengapuran sebelum pembajaan yang kedua yang lalu adalah langkah yang positif. Kami perlu menyelesaikan program pembajaan yang ketiga sebelum hari yang ke 60. 

Jabatan Pertanian telah mengesyorkan agar kami mula melakukan program kawalan bena , maka semalam ( 51 HLT ) kami  telah melakukan kawalan kimia yang ke empat menggunakan racun khas untuk membunuh bena. Memandangkan masih terdapat risiko serangan ulat batang dan ulat gulung daun maka setelah membuat semua pertimbangan kami menggunakan racun di bawah:


Selain racun di atas kami juga menggunakan racun serangga jenis sistemik, racun yang mengawal telur serangga dan racun kulat.  Pada program kawalan kimia kali ini kami tidak menggunakan sebarang foliar bagi mengelakkan daun menjadi terlalu lebar, sebaliknya kami menggunakan bahan kimia yang mampu mengeraskan daun padi.  Daun yang terlalu lebar bersifat lembut sangat mudah untuk diserang serangga.  Bahan kimia yang kami gunakan kali ini juga mampu membantu daun padi menjadi lebih tegak dan lurus.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO