ULAT BATANG
Sawah kami selepas tujuh hari pembajaan, warna hijau pekat, baru semalam kami melakukan kawalan serangga.
Kesemua sawah sekitar parit 10R, 11R, 12R telah diserang ulat batang. Ada pelbagai kaedah yang digunakan oleh petani di sini untuk mengawal serangan ulat batang hingga ada yang menggunakan campuran enam jenis racun serangga pada satu tong penyembur. Ada juga yang menggunakan racun kelas 1 dicampur minyak diesel dan minyak 4T pada kadar 1:1 kemudian di siram pada sekeliling sawah. Sesetengah petani pula mengaul baja urea dan furadan untuk ditabur.
Mereka sangat mahir dalam membuat pemantauan tanda-tanda serangan. Maklumlah kebanyakannya petani vetaran dari kedah.
Gambar di atas menunjukkan kaedah mengesan populasi serangga, alat lain kita juga boleh menggunakan kertas perangkap lalat.
Graf yang menjadi petunjuk bilakah tindakan kawalan perlu dilakukan
Graf tersebut berdasarkan bilangan populasi di atas
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment