Monday, May 10, 2010

PADI ANGIN dan masalah air

Dari jauh nampak cantik seperti tiada masalah, seperti hamparan permaidani hijau, namun jika di amati dengan teliti.
Tempat ini menjadi lubuk padi angin (rumpai- lihat populasi pokok padi yang tinggi). Pada tahap populasi ini dalam masa yang singkat padi angin akan mengambil  semua ruang dan menyedut baja yang sepatutnya diambil oleh benih padi sebenar yang ditanam.  
Masalah ini berpunca kerana di bawah sana langsung tidak terdapat air, sawah yang sepatutnya dipenuhi air ini telah kering hampir 3 minggu, ini menyebabkan pertumbuhan padi angin gagal dikawal.
Kami bernasib baik kerana masalah ini hanya berlaku pada petak kepala tanah, namun kerugian kami di atas kertas pada petak ini hampir RM 3 ribu.
Entahlah sejauh mana orang yang mengawal air ini memahami masalah kami...wallah huaklam

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO