Tuesday, March 31, 2009

MENGAPA HUJAN TURUN?

This smart tropical frog has found a cover from the rain…

Monday, March 30, 2009

MOTOSIKAL ANAKKU

1. Ini kenderaan utamaku utk ke tempat kerja.

2. Suatu hari esok mungkin gambar di bawah pula menjadi kenderaan utama sibaju merah itu ..

Tamplate

Bila bila lapang esok gambar ni saya nak taruh di atas

HARTA YG HALAL

Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana orang tidak peduli lagi terhadap harta yang diperoleh, apakah ia halal atau haram." (HR Bukhari)

1. Orang dah tak malu lagi dengan RASUAH. Malah disanjung dan dikagumi.
2. Jangan lupa diakhir doa makan kita meminta padaNYa ... "jauhkan dari api neraka"
3. Tiada apa yg layak utk daging yg tumbuh dari sumber yg haram melainkan api neraka.... TAPI SAYANG ORANG DAH TAK HERAN ITU SEMUA.

TIPS UNTUK DAPAT RASA BUAH YANG MANIS


Petuannya mudah sahaja KURANGKAN KANDUNGAN AIR. Maka itu buah tembikai rasanya manis pada musim kemarau.

Bagaimana untuk mengurangkan kandungan air?
Jawapan : Keluarkan air dari buah.

Bagaimana nak mengeluarkan air dari buah?
Jika jambu batu yg baru dibeli, rendam dalam air garam selama setengah jam. Jika melon kurangkan tempoh masa dan kekerapan penyiraman.

Bagimana pula nak dapat bentuk unik melon seperti di atas ?
Jawapan: Lihat gambar di bawah:

HASIL PENINGALAN HJ JAAFAR

1. Hj Jaafar . Siapa yg tak kenal dia, Sifu kami dlm pertanian, cakap apa sahaja teknologi dlm pertanian dia pasti punya kepakaran dlm bidang itu.

2. Penulis buku, panel,pemeriksa, JU, JE cakap apa sahaja bidang dlm pendidikan semua dia berkebolehan.

3. Dia datang ke SEMAIAN 90 an waktu aku mula-mula meninggalkannya. Kini bila aku datang kembali ke SEMAIAN dia pula telah pergi. Aku yg rasa kerugian tak dapat bersama dgnnya guru yg punya pelbagai kecindan.

Gambar di bawah zaman kegemilangan SEMAIAN bersama Hj Jaafar

Kawan-kawan cerita susah dah nak dapat MELON semanis AIR TANGAN HJ JAAFAR. beli di Hyper market pun tak serupa punya.

Sunday, March 29, 2009

DURIAN OH DURIAN

Dulu dulu arwah ayah saya pernah dapat bantuan dari Risda utk tanam semula. Ayah saya memilih tanaman durian. saya masih ingat lagi arwah ayah menjaga kebun duriannya dgn teliti sekali. Ladangnya punyalah bersih hingga payah nak jumpa rumput dan punyalah cantik macam dalam taman.

Takdir Allah tiba musim KEMARAU tanah merekah kerana ladang yg terlalu bersih dari rumpai. Rekahan tanah itu rupanya diikuti dgn PUTUSNYA AKAR durian di dalam tanah. Akar durian sangat sensitif & setiap kecacatan pada akar menyebabkan pereputan pada dahan.Akhirnya dari ladang yg luas cuma tinggal beberapa pokok durian sahaja hidup.

Sedih mengenangkan kisah lalu... Fobia dgn kisah tragis sampai hari ini saya tak berani dgn projek durian.

Ayah ku juga telah pergi tak kembali..... Moga Allah mengasihinya/merahmatinya seperti dia mengasihi dan menjaga aku sewaktu kecil dulu.

DURIAN MERAH

Dulu ada seorang tu mencabar dgn cakap besar . Durian Sg Manik mana ada yang sedap?

Ada seorang tu dgn tenang menyahut.. jom ikut aku pergi lorong sebelah Kilang Bernas. Rupanya di situ ada sebatang pohon durian SAKA LAGI BESAR yg amatlah sedap RASAnya. Isinya berwarna kuning merah KEEMASAN.. memang sedap, cuma waktu itu saya masih tak pandai utk mengambil tunasnya sebagi stok. Entah ada, entahkan tidak lagi pokok durian tu? tak tahulah.

Di bawah ni ada lagi kisah tentang durian dari strange world..

ed flesh durian is is wild durian encountered at forest Kalimantan.

Same his case with his other durian, this durian having thorny bark and aroma durian very special and sting.

Red Durian @ strange world


Red Durian @ strange world

Red Durian @ strange world

Saturday, March 28, 2009

BERBUDI PADA TANAH

17 Mac 2008. Bayam masih kecil. lambat sangat nak besar spry dgn fertagrow




akhirnya......

Pada 26 Mac. Bayam telah sedia untuk dipasarkan.

PEROSAK

KEJADIANNYA BUKAN SIA - SIA


Semalam baru pertama kali saya mendengar istilah " CIKGU TOKSIK" yg sampaikan tu pulak orang berpangkat DG 54.

Entah apalah ciri " CIKGU TOKSIK" ? saya tak berminat nak mendalaminya dalam ZAMAN RASUAH NI.

Apapun kami dah mula mempertingkatkan penggunaan RACUN kepada pelbagai strategi kerana makhluk di bawah telah mula menyerang/menguji kami.

Siapakah yg menghantar makhluk perosak ini?
Jawapannya Allah

Mengapa?
Sebagai ujian kpd kami adakah kami bersabar.

Apa itu sabar? Apakah diam itu sabar ?
Sabar ialah orang yg tidak mudah putus asa, seperti terus menegur & memperbetulkan kesilapan juga terus menerus melakukan tindakan. BUKAN DIAM SAHAJA

Di bawah inilah perosak sebenar....

Friday, March 27, 2009

DI SINI TEMPAT KELAHIRAN RASULLLAH

DISINI TEMPAT KELAHIRAN RASULULLAH SAW (KINI DIDIRIKAN PERPUSTAKAAN)



Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
. (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

Sempena ketibaan Maulidur Rasul saya menjemput diri saya dan anda semua agar dapat menghayati maksud yang tersirat di dalam memperingati catatan kelahiran Nabi Muhammad saw. Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah saw adalah dengan berselawat ke atasnya, bukan hanya pada masa tertentu tapi perlulah dilazimi pada setiap masa. Moga kita beroleh rahmta Allah dan syafaat nabi di akhirat kelak nanti, insyaALLAH.AMEEN

dinukilkan oleh:-afifzahrah-
drpd >Kembara

Thursday, March 26, 2009

GURU YANG HEBAT & MURID YG TAAT

1. Murid nak ke sekolah tapi dihalang oleh tentera zionis.
2. Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menimba ilmu, mereka terus berjuang,
senjata tentera israel langsung tidak melunturkan " dahaga ilmu"
3. Pada mereka bukan tempat, bukan keselesaan, di mana ada kemahuan di situ ada
pasti ada jalannya. Dihalang ke sekolah mereka sanggup meneruskan proses pengajaran
dan pembelajaran di jalanan. Yang penting ILMU DAN NILAI ILMU.

4. FIKIR-FIKIR PELAJAR KITA PUNYA KELAS SELESA,TAPI SANGGUP
PONTENG UTK LARI DARI MAJLIS ILMU.......

Wednesday, March 25, 2009

AKIBAT CINTA DUNIA


Sesamalah kita bermuhasabah adakah kita termasuk dalam golongan ini.

DUNIA DIHIAS INDAH


1. Tak boleh up date kerana pergi mesyuarat 3 hari di sebuah pulau. Menginap disebuah hotel punya landskap indah mengadap laut.

2. Dari cerita yg didengar hotel tempat kami mesyuarat ini terlibat dgn TSUNAMI habis tengelam sampai ke lobi. Apakah Bala atau Ujian?

3. Dari ruang beranda hotel saya merenung jauh ke laut, teringat cerita 'LAUT PUNYA JALUR MEMUTIH & SURUT' sebelum kedatangan ombak besar.

4. Namun manusia mudah lupa- di pantai, di SPA, aktiviti karaoke,pengabaian waktu-waktu solat seolah-olah Allah terlupa melihat kita. Cumanya segala kemaksiatan itu dilihat terlalu indah kerana DIHIAS oleh syaitan yg memperdaya manusia.

5. Bala atau ujian sama sahaja tiada ikhtibar atau pengajaran darinya. Istidraj Allah disangka nikmat dan rahmat. Sedang segala nikmat dunia tiada sebarang nilai di sisi Allah walau punya harga sebelah kepak nyamuk.

Sunday, March 22, 2009

ORIENTASI BINAAN BANGUNAN TIMUR-BARAT

1. Orang dulu- dulu kalau nak bina rumah mesti lihat arah kiblat. Banyak kelebihannya selain senang nak solat & solat jenazah berjemaah ramai-ramai.

2. Amalan sebegitu kini hanya kelihatan pada susun atur bangunan di Tanah Haram berhampiran Kaabah.

3. Orang sekarang kalau buat bangunan atau lot tanah tak pernah ambil kira faktor itu.

4. Namun penternak ayam bila nak buat reban mereka akan membinanya memanjang dari timur ke barat. Kenapa? Selain pencahayaan, kadar kemasukan cahaya matahari ada banyak lagi kelebihannya.

BABI PUN ADA KOD?

BABI PUN ADA KOD?

Mutakhir ini, saya banyak mendengar tentang lemak babi yang terdapat dalam makanan yang dianggap halal malah 'dilabelkan' HALAL. Namun lemak-lemak babi tersebut tidak ditulis terang-terangan LEMAK BABI atau PIG FAT, sebaliknya dinyatakan dalam bentuk kod.

Kod-kod di bawah ini saya temui dalam internet, malah ada yang diterima menerusi SMS. Kini ramai yang mencetak kod-kod ini untuk disimpan dalam dompet bagi memudahkan mereka memeriksanya ketika berada di kedai atau pasaraya.

Klik saja di sini untuk membaca salah satu sumbernya.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Klik pada gambar utk lihat kegunaan khinzir



Saturday, March 21, 2009

ESOK KEMBALI KE SEKOLAH



Cuti dah berakhir, anak sulungku sedih nak balik ke asrama, emaknya lagi syahdu nak berpisah dgn teruna kami tu, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi...

Friday, March 20, 2009

AQIDAH



Gambar ini saya ambil di salah satu sudut sekolah tempat anak belajar. Cuba teliti baik baik tiap bait bicara hasil kreatif penulis.

Mungkin mereka yg lebih arif tentang aqidah boleh membuat ulasan yg lebih tepat. Tentang qada dan qadar dan kehidupan hari kemudian.

BEG SEKOLAH DULU DULU

1. Masa bersekolah rendah dulu ini antara jenis beg yg pernah saya gunakan.














( sumber stadium inderamulia ipoh sempena hari guru 2007)

2. Sewaktu tahun 1 ( dulu sebutnya darjah 1 ) ke sekolah guna beg macam ini. Bila hujan bahagian atas yg terdedah kena tutup dgn plastik utk elak buku dari basah.


















( sumber stadium inderamulia ipoh sempena hari guru 2007)

3. Besar sikit arwah ayah beli beg macam ni, kira canggih sikit kerana boleh dikunci.

( sumber gambar di Kota Ngah Ibrahim )

Agrotourism and Politictourism

19 Mac.

Kawan baik saya Jalil dan Wan sanggup tiap minggu ke Matang( 200km) semata mata utk menikmati Mee Udang /Mee Udang Lipan. Dah hari hari mereka berdua asik cerita betapa lazatnya "awak" teringin juga nak rasa.

Cuti seminggu saya ambil kesempatan bawa keluarga utk menikmati kelazatan Mee Udang. Namun sebaik baru sampai ke Simpang kami jadi keliru, restoran mee udang tumbuh macam cendawan, ada banyak restoran mee udang & hampir semua restoran gerai jual mee udang.

Jadi restoran mana yg paling sedap menjadi kunjungan Jalil dan Wan. Entah? Tanya pada penduduk mereka pulak yang kita nak yg masuk TV3 atau NTv7?

Akhirnya kami singgah & main singgah sahaja, asal nampak bersih.

Rasanya memang sedap tapi RM 10.00 semangguk. Tapi kami seronok dapat jalan jalan tengok perang poster yg baru bermula.

7 april kami akan datang lagi utk mengundi.....














































Tuesday, March 17, 2009

APAKAH PERBEZAAN ANTARA RAMA2 DAN KUPU2?

Teringat subjek PT ( Perlindungan Tanaman ) Penyarahnya Dr Yusof fakulti pertanian

Dia bertanya "Betulkah perumpamaan KUPU KUPU MALAM? Mana satu terbang siang, rama-rama atau kupu kupu?

Yang pasti kami kena mencegah pokok cili itu sebelum diserang teritip dan kulat. RACUN JANGAN TAK RACUN

TIPS MERACUN:
1. Sukatan racun yg tepat
2. Waktu meracun yg tepat
3. Jenis racun yg tepat
4. Sasaran yg tepat
5. Cara meracun yg tepat


BUNGA OH BUNGA

Bunga = Faedah = Interest = RIBA

Berilah apa nama sekalipun, jika bunga tahi ayam diberi nama ROSE ia akan tetap juga berbau busuk.

Telah lama larangan Allah terhadap riba hingga ALLAH ISTIHAR PERANG kpd orang yg terlibat dgn riba.

Degil dgn larangan riba, hari ini manusia berhadapan dgn pelbagai masalah dan yg terkini RUNTUHNYA institusi kewangan dunia barat yg mengakibatkan " bencana dlm ekonomi global".

Pedulikah kita?, sesetengah yg mengaku punya ilmu agama mendalam namun cuba lihat dlm dompet mereka. Ada tak kad kredit?

Sila klik:
Hukum Penggunaan Kad Kredit

Bahaya Riba Dalam Urusan Kewangan
Riba Kontemporari Dalam Kad Kredit Konvensional
Hukum 'Charge Card'

1. Sesetengah ulama meletakkan besarnya dosa riba pada kedudukan ke dua selepas syirik ( dosa yg paling besar ).
2. Apalah ertinya penat gigihnya kita mengaku islam sedang ALLAH ISTIHAR PERANG
3. Buah zaqum yg berduri adalah makanan utk pengamal riba, andai setitis getah buah ini gugur di muka bumi matilah semua hidupan yg ada di atasnya



Fantasy Photography Artwork










AIR ASAM - BERSANTAN


















Arwah ayah saya dulu keturunan banjar amat gemar buat air asam bersantan. Sedap utk cicah ikan bakar, ayam panggang, daging rebus dll

Bahan-bahannya:

Bawang besar 1 biji
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili besar + cili api secukup rasa ( tambah jika nak pedas )
Tomato 2 Biji
Cili sos 3 sudu
Secubit belacan
Sedikit Krisik jika suka
Garam
Secawan santan dari 1 biji kelapa
Air masak

Semua ramuan di atas dihiris dan akhir sekali digaulkan dgn santan

FERTIGASI AUTOPORT DAN POLIBEG SATU PERBANDINGAN

















Autoport


"Sehingga kini tumbesaran hampir sama antara teknologi autoport dan polibeg (yg diisi sabut kelapa)" kata Azam

















Polibeg yg diisi sabut kelapa


















"Apapun saya lebih berminat dgn hidroponik" tanam tinggal dan tunai

Monday, March 16, 2009

CILI

1.Cili yg baru di ubah kaedah sama seperti terung


















2. 10 Mac anak pokok baru dipindah dari semaian dgn bacaan larutan EC meter 1.4-1.6 dan nilai pH 5.8-6.3 serta kekerapan siraman secara automatik sebanyak 5 kali sehari. Pastikan kepala penitis air dekat dgn pangkal pokok.



















2. Cili pada 17 Mac.Makin segar dan makin sihat selepas disembur "Fertagrow"

TERUNG KAMI MAKIN SEGAR















1. 6 Mac anak pokok baru dipindah dari semaian dgn bacaan larutan EC meter 1.4-1.6 dan nilai pH 5.8-6.3 serta kekerapan siraman secara automatik sebanyak 5 kali sehari. Pastikan kepala penitis air dekat dgn pangkal pokok.














POKOK NAIK CEPAT MACAM DIPAM SELEPAS DIUBAH

2. 13 Mac anak pokok makin segar. Flask ( isi tangki dgn air bersih ) , pasang pam buang semua endapan garam. Kemudian masukkan larutan fertigasi yg baru. EC meter bacaan 1.6 - 2.0 kekerapan siraman 6 kali sehari( setkan timer tiap kali siraman selama 5 minit ). Periksa berat setiap polibeg 8kg hingga 10 kg. Sembur tanaman dgn racun kulat dan racun serangga.



KELI MAKAN APA?






IKAN KELI YANG DIBERI MAKAN NAJIS

Soalan; Ada berita yang sampai kepada kita bahawa ada di antara penternak ikan keli yang memberi makan najis kepada ternakan mereka seperti daging babi, bangkai ayam dan sebagainya. Apa hukum perbuatan tersebut? Dan bagaimana pula kita yang memakan daging ternakan tersebut?

Jawapan;

Perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan Syariat Islam kerana Rasulullah s.a.w. menegah orang Islam memakan daging binatang yang memakan najis atau diberikan makan najis. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan;

نَهَى رَسُوْلُ اللهِ عَنِ الْجَلَّاْلَةِ وَ أَلْبَاْنِهَاْ
“Rasulullah telah menegah dari memakan al-jallalah ( yakni binatang yang suka makan benda kotor dan najis) dan menegah dari meminum susunya”.
(Riwayat imam-imam hadis kecuali Imam an-Nasai. Hadis ini dikatakan hasan oleh Imam at-At-Tirmizi)

Layari utk maklumat lanjut:

http://ilmudanulamak.blogspot.com

Sunday, March 15, 2009

TERUNG

Lawa Terung, Resepi istimewa

Sumber http://www.elaira.net/m5/

Pokok terung kami dah makin sihat, tak lama lagi akan membuahkan hasil, bila nak jual pada cikgu-cikgu SEMAIAN nanti kami akan edar FREE resepi ni sebagai "PELARIS

Lawa Terung, Resepi istimewa

Bahan-bahannya:

Terung cina - dibakar hingga masak.
Kalau dulu arwah nenek akan bakar dengan api sabut kelapa yang kering.

Sekarang, mudah dan ringkas - bakar atas dapur gas saja lah.

Cili api - mengikut cita rasa, kalau nak pedas tambah lah lagi. dulu arwah nenek pernah tumbukkan lada hitam sedikit untuk aromanya, rasa hangat nya juga.

Ikan bilis - ditumbuk lumat.

Asam limau - kasturi atau nipis, boleh saja ikut mana yang ada.

Bawang kecil/merah - dihiris.

Pati santan kelapa (tiada dalam gambar).

Cara membuatnya:

Terung yang dibakar tadi dibuang kulitnya yang telah hangus. Dan dibelah-belah seperti gambar di sebelah.

Taburkan garam halus secukup rasa.

Taburkan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat bersama cili api ke atas terung.

Taburkan juga bawang merah yang telah dihiris.

Untuk rasa 'dramatik' (banyak la aku punya dramatik :p) taburkan rempah kari secukup rasa. Aku memang jarang ada sukatan, main baling-baling je hehehehe...
Perahkan santan kelapa. Ambil patinya sahaja. Oleh kerana hidangan ini tidak dimasak selalunya mak akan ramas kelapa dengan air panas masak.

Gaulkan semua bahan yang ada di atas terung tadi hiingga mesra dengan terung.

Perahkan asam limau secukup rasa. Aku suka kalau ia lebih masam. Gaul rata semuanya.

Dah siap untuk dimakan bersama nasi putih atau tak putih. Huhuhu... kecur air liur aku wehhh...

Ni sumo yang raso nak buek layi sekali balik karang nih... adeh... sunggoh menjejerkan air liur huhu...

Aromanya... rasanya... hoho... cubalah baru tau.

Mudah kan? Dan rasanya sungguh lah enak. Selamat mencuba pada yang terasa nak mencuba.

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO