TERUNG
Lawa Terung, Resepi istimewa
Sumber http://www.elaira.net/m5/
Pokok terung kami dah makin sihat, tak lama lagi akan membuahkan hasil, bila nak jual pada cikgu-cikgu SEMAIAN nanti kami akan edar FREE resepi ni sebagai "PELARIS
Lawa Terung, Resepi istimewaBahan-bahannya: Terung cina - dibakar hingga masak. Sekarang, mudah dan ringkas - bakar atas dapur gas saja lah. | |
Cili api - mengikut cita rasa, kalau nak pedas tambah lah lagi. dulu arwah nenek pernah tumbukkan lada hitam sedikit untuk aromanya, rasa hangat nya juga. Ikan bilis - ditumbuk lumat. Asam limau - kasturi atau nipis, boleh saja ikut mana yang ada. Bawang kecil/merah - dihiris. Pati santan kelapa (tiada dalam gambar). | |
Cara membuatnya: Terung yang dibakar tadi dibuang kulitnya yang telah hangus. Dan dibelah-belah seperti gambar di sebelah. Taburkan garam halus secukup rasa. | |
Taburkan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat bersama cili api ke atas terung. Taburkan juga bawang merah yang telah dihiris. | |
Untuk rasa 'dramatik' (banyak la aku punya dramatik :p) taburkan rempah kari secukup rasa. Aku memang jarang ada sukatan, main baling-baling je hehehehe... | |
Perahkan santan kelapa. Ambil patinya sahaja. Oleh kerana hidangan ini tidak dimasak selalunya mak akan ramas kelapa dengan air panas masak. | |
Gaulkan semua bahan yang ada di atas terung tadi hiingga mesra dengan terung. Perahkan asam limau secukup rasa. Aku suka kalau ia lebih masam. Gaul rata semuanya. | |
Dah siap untuk dimakan bersama nasi putih atau tak putih. Huhuhu... kecur air liur aku wehhh... Ni sumo yang raso nak buek layi sekali balik karang nih... adeh... sunggoh menjejerkan air liur huhu... Aromanya... rasanya... hoho... cubalah baru tau. Mudah kan? Dan rasanya sungguh lah enak. Selamat mencuba pada yang terasa nak mencuba. |
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment