DUNIA DIHIAS INDAH
1. Tak boleh up date kerana pergi mesyuarat 3 hari di sebuah pulau. Menginap disebuah hotel punya landskap indah mengadap laut.
2. Dari cerita yg didengar hotel tempat kami mesyuarat ini terlibat dgn TSUNAMI habis tengelam sampai ke lobi. Apakah Bala atau Ujian?
3. Dari ruang beranda hotel saya merenung jauh ke laut, teringat cerita 'LAUT PUNYA JALUR MEMUTIH & SURUT' sebelum kedatangan ombak besar.
4. Namun manusia mudah lupa- di pantai, di SPA, aktiviti karaoke,pengabaian waktu-waktu solat seolah-olah Allah terlupa melihat kita. Cumanya segala kemaksiatan itu dilihat terlalu indah kerana DIHIAS oleh syaitan yg memperdaya manusia.
5. Bala atau ujian sama sahaja tiada ikhtibar atau pengajaran darinya. Istidraj Allah disangka nikmat dan rahmat. Sedang segala nikmat dunia tiada sebarang nilai di sisi Allah walau punya harga sebelah kepak nyamuk.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment