TERKENANG ZAMAN KANAK-KANAK
Sehari dua ni badan tak berapa sihat, banyak masa dihabiskan dgn baring sahaja. Sambil baring terkenang kisah dulu-dulu, bila balik sekolah selalu terus ke sawah cari ikan haruan.
Masa dulu dulu orang kampong menanam padi tahun, jadi bila sawah dikeringkan pastinya banyak ikan dan ikan pun tentunya besar-besar, punyalah banyak ikan waktu itu sampai kuak ikan baru nampak air.
Seingat saya tak pernak sekali pun pulang dgn tangan kosong. spesis haruan ni biasanya tinggal dlm lubang. Nak cari senang je, jumpa lubang tepi parit seluk sahaja dalam-dalam bila tangan terasa pegang sesuatu yg panjang dan licin pasti itu ikan haruan.
Cara lain nak tangkap ikan ni ialah dengan mengewang atau mengelau dlm bahasa mudah memancing berumpankan katak. Senang nak dapat kalau memancing waktu malam, tapi seingat saya paling mudah nak dapat bila time masuk maghrib, pantang lempar je mata kail pasti mengena.
Sungguhpun begitu cara nak tangkap ikan ini secara besar besaran paling mudah secara memasang TAUT, Jika pasang taut 50 batang, paling kurang boleh dapat 30 ekor. Mewah betul ikan haruan waktu dulu-dulu. Namun kini semuanya tinggal kenangan.
Hari ini ikan harun paling murah RM 12 sekilo.Itu pun susah dah nak dapat.
Gambar di bawah copy dari http://abdulwahabarbain.blogspot.com/
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment