Sunday, March 29, 2009

DURIAN OH DURIAN

Dulu dulu arwah ayah saya pernah dapat bantuan dari Risda utk tanam semula. Ayah saya memilih tanaman durian. saya masih ingat lagi arwah ayah menjaga kebun duriannya dgn teliti sekali. Ladangnya punyalah bersih hingga payah nak jumpa rumput dan punyalah cantik macam dalam taman.

Takdir Allah tiba musim KEMARAU tanah merekah kerana ladang yg terlalu bersih dari rumpai. Rekahan tanah itu rupanya diikuti dgn PUTUSNYA AKAR durian di dalam tanah. Akar durian sangat sensitif & setiap kecacatan pada akar menyebabkan pereputan pada dahan.Akhirnya dari ladang yg luas cuma tinggal beberapa pokok durian sahaja hidup.

Sedih mengenangkan kisah lalu... Fobia dgn kisah tragis sampai hari ini saya tak berani dgn projek durian.

Ayah ku juga telah pergi tak kembali..... Moga Allah mengasihinya/merahmatinya seperti dia mengasihi dan menjaga aku sewaktu kecil dulu.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO