NOSTALGIA
SEPETANG DI SUNGAI MANIK
Jalan Ladang
1. Tahun 60 an dulu jalan ini jika hujan penuh selut. Lorong yg ada elok-elok muat tayar basikal sahaja.
2. Tahun 70an kereta tak boleh masuk perlu parking di jalan besar.
3. Pertengahan 70 an arwah ayah ( Sahlan B Mohamed) pakat kutip derma gunakan traktor utk ratakan jalan. Orang kampung gotong royong angkut batu lombong guna basikal, masa itu semua bekerja dgn ikhlas bukan kerana wang.
4. Awal 80 an Projek Krian- Sungai Manik jalan ini ditambak dgn tanah merah.
5. Lepas tahun 2ooo baru jalan ini diturap. Lambat sungguh pembangunan di kampongku
Tali Air
1. Kami panggil "BERAPIT: ( saliran) dan "PARIT" ( pengairan).
2. Dulu banyak sungguh ikan, jika parit itu kering boleh dapat berguni guni ikan.
3. Agensi yg selenggara parit itu kami panggil DID. Kakitangannya tebas rumput guna "PARANG CENGKOK" yg berpusing macam kipas.
4. Bila nak servis parit DID guna "KAPAL KOROK". Masa bebudak dulu saya cukup syok kalau dapat panjat kapal korek tu.
SAWAH PADI
1. Dulu di sini macam "wet land".
2. Kami berlari kejar burung, lubang tepi batas sawah sumber kewangan bebudak utk tangkap belut. Bila malam "MENDAKUT" ( guna seruling) utk tangkap burung wak-wak.
3. Musim menanam orang kampung pakat 'BERDERAU" ramai-ramai gotong royong tak perlu bayar upah, cuma sediakan jamuan. Kemudian sama-sama bantu tanam padi di sawah dia pula.
4. Tiba musim menuai pakat panggil saudara mara dari Sabak Bernam dan Semanggol utk MENGERAT dan MEMBANTING PADI
.... aku masih ingat , walaupun semuanya kini tinggal kenangan
1 Comentário:
Salam cikgu Zaid,
Dah berkali-kali saya reload tapi gambar-gambar tu tak keluar juga.
Nampaknya pengalaman kita di kampung lebih kurang saja. Entah-entah cikgu pun kulaan?
Post a Comment