Sunday, May 31, 2009

KELEBIHAN PENANAMAN SECARA HIDROPONIK

Kelebihan Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah:

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

Saturday, May 30, 2009

NENAK PETANI YG PANDAI MENGURUT


















1. Anakku masih belum sembuh sembelitnya. Dah berkali kali di bawa berjumpa Doktor keluarga. Dah di bawa KPJ Taiping, Dah masuk wad KPJ Ipoh.

2. Semalam bawa berurut dgn jiran, siap sempat minta ikan sepat masin dari makcik tu nak bawa buah tangan utk Prof Dr Abdul Wahab Arbain ( nak ziarah beliau khamis nanti).


3. Esok ada mesyuarat di KL terus nak bawa anak ini ke Hospital Tawakal,nak cuba pula rawatan di sana. Kita hanya berusaha tetapi kuasa menyembuh dari Allah.

KENDURI KAMPONG



































1. Musim cuti sekolah banyak betul kenduri...... isteriku membelek berlapis-lapis kad jemputan sambil berkata " Mana satu kita nak pergi hari ini" ?

"Kita pergi ikut keutamaan lagipun pergi kenduri itu hukumnya wajib" kataku padanya.

"Memang wajid , tapi dgn syarat tiada sesuatu yg bertentangan syarak, jika tidak bukan pahala yg dapat sebaliknya peroleh dosa" balas isteriku.

2. Gambar di atas salah satu kenduri yg kami hadir hari ini. Kendurinya sederhana, masak kawah, tiada unsur pembaziran, lauknya masak sendiri, menu tradisional dgn gotong royong orang kampong.

Paling best makan bawah rimbunan pepohon sawit.. sejuk.

Kultur tisu



Merupakan teknik pembiakan tumbuhan secara in vitro, dimana tisu daripada pokok induk e.g. daun dimasukkan ke dalam bekas berisi media tanaman. Selepas beberapa hari/minggu, tisu baru akan mula berkembang dan seterusnya membentuk tumbuhan lengkap yang sama 100% dengan pokok induk.

Kelebihan kultur tisu ialah:

1. Pokok yang terhasil 100% sama dengan pokok induk

2. Banyak anak pokok dapat dihasilkan dalam masa yang singkat

3. Dapat menghasilkan anak benih yang sihat dan bebas virus

4. Penghasilan anak pokok tanpa memerlukan proses pendebungaan

5. Penghasilan anak pokok daripada cebisan tisu yang telah diubahsuai secara genetik (genetically modified tissue)

6. Penghasilan anak pokok daripada spesis yang sukar membiak daripada biji benih seperti orkid.

http://kulturtisu.blogspot.com/

BAHAN TELUR MASIN

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

JADUAL EC METER UTK MELON KAEDAH AUTOPORT

Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi. Berikut adalah cadangan kepekatan daripada Jabatan Pertanian Malaysia:

Umur Pokok

(Minggu)

Kepekatan (EC)

Tangki c

Kepekatan (EC)

Autopot

1-2

2-4

4-6

6-7

8-9

>10

1.6

1.7

1.8

1.9

2.0-2.2

2.4-2.5

1.7

1.8

1.9

2.0

2.3-2.5

2.6-3.0

GARAGE- HIGHER BUDGET MODEL

garage-higher-budget-model

KACUKAN

Zebroid = Zebra + Equine

Hybrid Animals


Leopon = Leopard + Lion

Leopon


Cama = Camel + Llama

Hybrid Animals


Beefalo = Buffalo + Cow

Hybrid Animals

Liger = Lion + Tiger

Hybrid Animals


Ust ust pernah buat jenaka kalau kahwin MAZNAH + DAUD = MAZDA he he



Sumber :http://sasthamcotta.wordpress.com



PARROT FLOWERS FROM THAI


Friday, May 29, 2009

KUFUR NIKMATKAH?













Sesekali keluar dari alam tumbuhan...

Melayari :Germany : Masih Belum Laju !

Sebuah kereta/motosikal dibuat utk kelajuan melebihi 200km/j tetapi hakikatnya tiada tempat yg membenarkan kelajuan sedemikian... JADI UTK APA?

Yang lebih aneh Germany ada lebuh raya tanpa had laju tapi kadar kemalangannya masih rendah.

Begitu juga banyak kemudahan BBM (bahan bantu mengajar) yg disediakan utk kita namun berapa ramai yang memanfaatkannya sehingga maksimum...NIKMAT YANG KITA TIDAK MANFAATKAN

COME BACK FOR GOOD












Tahniah kerana telah berjaya kembali menjadi warga SEMAIAN sebagai guru cemerlang

Thursday, May 28, 2009

HAJAT TIDAK KESAMPAIAN


















Esok hari terakhirku sebagai warga semaian dgn amanah di PENGELUARAN TANAMAN.

Tak sempat saya nak buat projek macam dalam gambar ni... mungkin lain kali di lain tempat & lain masa insya Allah.

Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akherat sungguh tuju pedoman

Pinjam pantun :http://pg2u.blogspot.com/2009/05/dunia.html

jenaka cepat tumbuh....



Kreatif betul pelakon ni, cuba perhati betul betul, dahlah pelakon tak ramai pulak tu semunya memang dia, baik dlm TV atau dalam iklan semuanya dia sahaja, tapi kita hampir tidak perasan kerana kekeratifannya.

Aku memang bangga dgn dia ni kerana banyak membantu menyiapkan projek kami, lebih bangga kerana dia adalah SIFU kami dalam IT. Cikgu macamnilah yg kita mau... serba boleh... mengalahkan MR Bean... lakonan( tanpa suara).

Wednesday, May 27, 2009

MARKETING

Strategi Pemasaran:

Sasaran Pasaran dan campuran pemasaran... rujuklah sendiri apa maknanya.. malas nak ulas panjang...

a. Pergilah TF dan Giant lihat bagaimana mereka mempersembahkan produk TANI untuk dijual... kerana persembahan yg menarik kita terpesona lalu membeli tanpa dirancang.

b. Lihat pula bagaimana penjual coklat dlm aktiviti "packaging" menaikkan imej kemudian melonjakkan harganya.

c. Pergi pula ke PASAR BORONG ATAU PASAR TANI lihat juga bagaimana mereka mempersembahkan produk utk DISAJIKAN kpd bakal PEMBELI yg mesti DIANGGAP SEBAGAI RAJA.

d. Sembilan dari 10 punca rezeki dari perniagaan. Saya nak beritahu di sini yang penting bukan bagaimana KITA MENGELUARKAN PRODUK ( PENGELUARAN ) tetapi YG PERTAMA DAN UTAMA IALAH PEMASARAN.

"SCHOOL ENTERPRISE"















Tuesday, May 26, 2009

Al-Quran dari perspektif Sains(MeKQS)

Pembentang yang paling mengesan dihati adalah Prof Madya Dr Rashid yang membentangkan tentang Kecemerlangan Al-Quran dari perspektif Veterinar. Almaklumlah beliau merupakan seorang Dr Vet. Beberapa fakta menarik yang suka untuk saya kongsikan ialah:

1)Lalat menggunakan enzim untuk mengubah kandungan makanan yang dihinggapinya. Sebab itulah makanan tersebut sudah tidak elok untuk dimakan.

2) Perkataan Somalia dari perkataan Somal yang bermaksud- perahlah susu untuk tetamu datang.

3) Tiap satu rumput di muka bumi ini ada satu malaikat yang menjaganya. Subhanallah.

4) Dalam sembelihan, orang Barat memotong spinal cord dalam haiwan. Sebenarnya tindakan ini menyebabkan daging berlebihan dan daging berwarna merah.

5) Dalam otak ikan ada kandungan Aluminium yang tinggi, sebab itulah orang Somalia tidak makan ikan walaupun negara tersebut banyak laut.

6) Negara Somalia paling banyak Hafiz didunia baik lelaki atau perempuan.

7) Nabi Yunus di telan ikan Nun di negara Somalia.

8) Katak akan duduk menghala ke Timur pada waktu rehat (kiblat). Katak akan berzikir bila 'duduk saja'. Sebat itu kita tidakboleh bunuh katak.

Banyak lagi fakta menarik yang di dapati. Betapa luas ilmu Allah Taala. Kitalah insan perlu tersu meneroka.

Sumber :http://kafalifmim.blogspot.com

NOSTALGIA



Clip video ni dirakam sekitar Sg Manik. Penduduk Sg Manik memang hebat dan berpotensi. Aku pernah mengajar di daerah ini pasal tu aku berani kata begitu. Cumanya mereka masih perlukan pemimpin yang IKHLAS agar bakat-bakat terpendam itu boleh diserlahkan. Sejarah pernah membuktikan mereka pernah mendapat pertolongan dari Allah.

http://banjarcyber.tripod.com/sgmanik_1.html

CENDAWAN STEP BY STEP

Hari hari terakhir di SEMAIAN saya bersama Hj Ibrahim, Cikgu Fauzi dan beberapa guru tanaman lain masih sempat melakukan aktiviti penananam cendawan, dgn sedikit ilmu yg diperolehi saya nak syer langkah-langkah asas penyediaannya :



Sediakan medium utama : Kapur pertanian, Habuk Kayu Getah dan Dedak Padi Halus.

Kadarnya 100kg habuk kayu: 10kg Dedak Padi : 1kg Kapur
atau 10 kg Habuk kayu: 1 Kg dedak padi:100gm kapur





Gaulkan hingga sebati ketiga-tiga medium sambil disiram sedikit demi sedikit.








Periksa medium dgn cara MENGEMGAM:
1. Jika berderai tambah kuantiti air.
2. Jika air menitis macam diperah, itu masalah besar kerana telah terlebih siram. Sukar utk dipulihkan
3. Yang terbaik seperti dalam gambar- membentuk bebola




Masukkan medium hingga betul-betul padat ke dalam beg plastik.












Kukus selama 7 jam










Selepas sejuk ( 2 malam ) keluarkan untuk disuntik. Sebaiknya gunakan topeng mulut utk mengelakkan bakteria lain yg tumbuh










Suntik dgn benih cendawan








Tutup semula mulut beg cendawan










Infotani : Jangan bercakap atau berbual semasa menyuntik cendawan kerana air liur mengandungi bakteria. Sebaiknya guna pentup mulut. SENTIASA UTAMAKAN KEBERSIHAN bagi memastikan kejayaan projek cendawan

Monday, May 25, 2009

LADAP ATAU ULKS PADA 20 JUN 2009



Pagi tadi sempat buat gotong royong ubuahsuai sikit rumah autoport sebagai persediaan untuk LADAP guru-guru. Semua keperluan dah order, masa cuti nanti semai biji benih. Bila sekolah dibuka semula nanti benih dah siap untuk di ubah oleh guru-guru semasa kursus... tanam tumbuhan sebagai terapi minda

TIPS SUPAYA JAMBU BATU RASANYA MANIS

Kaedahnya ambil segengam garam kasar masukkan dan kacau ke dalam sebesen air. Kemudian rendam 1 kg jambu batu yg masih belum dikupas kulit kedalam larutan garam tersebut selama 20 minit.

Infotani : Kepekatan larutan garam yg tinggi akan menyebabkan air dari dalam jambu batu bergerak keluar. Kerana kandungan air yang rendah maka rasa jambu batu akan bertambah manis. Larutan garam juga meneutralkan sisa toksik pada buah tersebut.

Sunnah Rasullullah saw akan "meletakkan" garam pada lidah sebelum menjamah hidangan.

Sumber: Dari Sifu kita Alimin Shukor

ADA KEBERKATAN

Gambar Hiasan : Pokok kurma di halaman rumahku.

Sebagai tanda cintakan sesuatu kita sanggup berkorban apa sahaja utknya. Semua tentang dirinya adalah sangat penting dan bermakna buat kita. Makhluk pertama dan utama yg sepatutnya kita cintai adalah Rasulullah saw. Jadi segalanya tentang Nabi Muhammad saw adalah SANGAT PENTING DAN BERMAKNA.

Jika di tanah suci kita akan cuba menjejaki tapak kaki dan lalun semasa hayat baginda. Kita akan cuba utk solat di mana baginda pernah sujud malah kita akan makan sesuatu yg baginda gemari. Kita akan daki bukit yg pernah baginda daki, masuk ke gua yg pernah baginda bersembunyi.

Kita juga akan simpan segala sesuatu yg baginda gemari. Jadi sentiasa simpanlah di rumah kurma nabi, za'faran, air zam-zam dll kegemaran Rasullullah saw sebagai tanda kecintaan kita yg mendalam kepada baginda.. INSYA ALLAH ADA KEBERKATAN

Petikan kuliah .... Ust Wan Azli b Wan Chik PUNSU Masjid Daerah Teluk Intan

Gambar di atas : Pokok kurma di halaman rumahku. Jadi modal bercerita pada anak-anak bagaimana Sumayyah disula dgn pelepah tamar, kisah kurma menangis, Bilal azan dari atas pohon tamar, masjid nabi dari tiang pohon tamar dll

Saturday, May 23, 2009

HADIAH HARI IBU



Minggu sudah sempena hari ibu kami anak beranak setup sistem fertigasi ini di halaman rumah atok mereka.

Senang je siap tak sampai 1 jam, pasal sistem tu sangat ringkas.

Semai biji benih buncis ( mak baru belajar jadi pilih
yg mudah ) pada 17 Mei.



Hari ini 23 Mei baru sempat ubah anak buncis, maklumlah banyak hal hal lain. Lewat ubah jadi anak pokok dah agak panjang.

Kami cuba tanam dalam medium sekam padi yg telah dibakar.





Kami juga cuba tanam dalam sabut kelapa campur sekam padi pada nisbah 2: 1 nak tengok mana satu lebih baik.





Info tani :Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu ‘memegang’ tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.

LUKAH DAN IKAN


"Lukah" yg kupasang rupanya telah mengena, saya kini perlu upgrade blog ini. Sebelum ini saya menulis sekadar suka-suka. Kini saya kena lebih serius. Blog lama yg dah terbiar http://www.sainspertanian.spruz.com/ juga perlu dihidupkan kembali. Banyak kerja yg perlu dilaksanakan dlm masa yg singkat.

Gambar di atas adalah bubu sekadar hiasan sahaja

Friday, May 22, 2009

RASANYA AKU DAH JADI MACAM DALAM GAMBAR DI BAWAH..BERAT!!!

AMANAH YG PERLU DIPUKUL......

Thursday, May 21, 2009

HADIAH HARI GURU II

Hari ini aku ada dua berita, satu sedih satu gembira:

Berita 1. Sedih dan sebak kerana anak ku yg dah dua minggu tak ke sekolah akibat masalah usus terpaksa di X ray lepas tu kena masuk wad. Nampaknya bermalam di hospitallah kami satu keluarga. Jika anak yg sakit, kita sebagai orang tua rasa sakit lebih lagi.

Berita 2. Dapat sms ucapan tahniah bertalu-talu dari kawan... cuma rasanya amanah itu terlalu berat, mampukah aku memikulnya? Isteriku yg terlebih gembira dgn perkhabaran itu. Sambil membilang jari ungkapan pertama kata isteriku tahun depan kita umrah satu keluarga. Pesanku padanya jangan beritahu sesiapa dulu akan berita ini. Semua ini atas doa dan sokongan dari semua sahabat, juga BOS lama yg banyak memberi bantuan. Saya sangat terhutang budi pada mereka juga En Wan, Alimin, Alias, Meor, Tn Hj Murad rasanya merekahlah yg lebih berhak bukan aku. Terlalu kerdil aku berbanding mereka yg lebih senior, malah mereka lebih segala-galanya.

... bila melihat keadaan anak yg terbaring menahan sakit, rasa seronok tadi seolah terhenti. Allah itu maha adil dlm sedih dia akan hantar penawar.

Wednesday, May 20, 2009

HADIAH HARI GURU PALING BERMAKNA

1. Rasa cemburu lihat teman-teman dapat bertimbun dgn hadiah hari guru. Aku bagaimana?

2. Jika pelajarku berjaya DI DUNIA & AKHIRAT serta memanjangkan AMAL JARIAHKU bagiku itulah hadiah paling bermakna.

3. Pengiktirafan juga satu hadiah yang tidak ternilai.. maklumlah aku hanya "guru tua" yang terlalu ketinggalan dalam ilmu IT. Masih baru belajar, banyak lagi kena belajar bersama anak-anakku yg masih kecil.

4. T kasih kepada Dr Abd Wahab yang telah banyak memberiku sumber inspirasi.
Ini juga satu bentuk hadiah. Pengiktirafan adalah hadiah yg tidak ternilai, lebih bernilai dari sesuatu yg berbentuk kebendaan.


ANTARA MAKANAN KEGEMARAN KEKASIH ALLAH

Dates
The Prophet (SAW) said that a house without dates has no food. It should also be eaten at the time of childbirth.
Pomegranate
The Prophet (SAW) said it cleanses you of Satan and evil aspirations for 40 days.
Melon
The Prophet (SAW) said: "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring that is good in countenance and good in character."
Olive Oil
Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.
Honey
Considered the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye soother and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water.
Grapes
The Prophet (SAW) was very fond of grapes - it purifies the blood, provides vigour and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.
Milk
The Prophet (SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improved the brain, renews vision and drives away forgetfulness.
Vinegar
A food Prophet Muhammad (SAW) used to eat with olive oil. [That's now a fashion in elite Italian Restaurants]
Sumber? saya tak sempat copy alamatnya... kemudian tersesatdi alam maya.. mohon maaf kpd penulis asal artikel ini.

Tuesday, May 19, 2009

MAHAL EMAS ATAU TUMBUHAN?

Saffron, a spice grown worldwide, is derived from the saffron crocus flower. A pound of dry saffron (0.45 kg) requires 50,000–75,000 flowers to make, meaning an entire football field of these flowers. Requiring so much resources and labor, prices for the spice go around US$500/pound to US$5,000/pound (US$1100–US$11,000 per kilogram).



Kpd tukang masak yg handal handal tu try bubuh za'faran ni dalam ramuan nasi briyani anda. Lihat perbezaan kelazatannya. Di T Intan kalau nak stok try hubungi Ust Wan Azli PUNSU di masjid daerah atau Barada.


SAMBUTAN HARI GURU DI SEMAIAN


Guru Pembina Negara Bangsa

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO