Saturday, May 30, 2009

Kultur tisu



Merupakan teknik pembiakan tumbuhan secara in vitro, dimana tisu daripada pokok induk e.g. daun dimasukkan ke dalam bekas berisi media tanaman. Selepas beberapa hari/minggu, tisu baru akan mula berkembang dan seterusnya membentuk tumbuhan lengkap yang sama 100% dengan pokok induk.

Kelebihan kultur tisu ialah:

1. Pokok yang terhasil 100% sama dengan pokok induk

2. Banyak anak pokok dapat dihasilkan dalam masa yang singkat

3. Dapat menghasilkan anak benih yang sihat dan bebas virus

4. Penghasilan anak pokok tanpa memerlukan proses pendebungaan

5. Penghasilan anak pokok daripada cebisan tisu yang telah diubahsuai secara genetik (genetically modified tissue)

6. Penghasilan anak pokok daripada spesis yang sukar membiak daripada biji benih seperti orkid.

http://kulturtisu.blogspot.com/

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO