Saturday, May 23, 2009

HADIAH HARI IBU



Minggu sudah sempena hari ibu kami anak beranak setup sistem fertigasi ini di halaman rumah atok mereka.

Senang je siap tak sampai 1 jam, pasal sistem tu sangat ringkas.

Semai biji benih buncis ( mak baru belajar jadi pilih
yg mudah ) pada 17 Mei.



Hari ini 23 Mei baru sempat ubah anak buncis, maklumlah banyak hal hal lain. Lewat ubah jadi anak pokok dah agak panjang.

Kami cuba tanam dalam medium sekam padi yg telah dibakar.





Kami juga cuba tanam dalam sabut kelapa campur sekam padi pada nisbah 2: 1 nak tengok mana satu lebih baik.





Info tani :Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu ‘memegang’ tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.

2 Comentários:

PG said...

Salam Cikgu
Tak lama lagi dapat lah rasa hasilnya :)

ZAID SAHLAN said...

Harap harap begitulah, emak saya tu terlalu minat bercucuk tanam, saya yang ada sikit ilmu tani saja nak dendahkan emak dgn teknologi baru.

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO