Thursday, May 21, 2009

HADIAH HARI GURU II

Hari ini aku ada dua berita, satu sedih satu gembira:

Berita 1. Sedih dan sebak kerana anak ku yg dah dua minggu tak ke sekolah akibat masalah usus terpaksa di X ray lepas tu kena masuk wad. Nampaknya bermalam di hospitallah kami satu keluarga. Jika anak yg sakit, kita sebagai orang tua rasa sakit lebih lagi.

Berita 2. Dapat sms ucapan tahniah bertalu-talu dari kawan... cuma rasanya amanah itu terlalu berat, mampukah aku memikulnya? Isteriku yg terlebih gembira dgn perkhabaran itu. Sambil membilang jari ungkapan pertama kata isteriku tahun depan kita umrah satu keluarga. Pesanku padanya jangan beritahu sesiapa dulu akan berita ini. Semua ini atas doa dan sokongan dari semua sahabat, juga BOS lama yg banyak memberi bantuan. Saya sangat terhutang budi pada mereka juga En Wan, Alimin, Alias, Meor, Tn Hj Murad rasanya merekahlah yg lebih berhak bukan aku. Terlalu kerdil aku berbanding mereka yg lebih senior, malah mereka lebih segala-galanya.

... bila melihat keadaan anak yg terbaring menahan sakit, rasa seronok tadi seolah terhenti. Allah itu maha adil dlm sedih dia akan hantar penawar.

2 Comentários:

laki imah ayah nu`man said...

ujian Allah S.W.T....

semoga anak hj cepat sembuh...
macam mana keadaan anak sekarang, masih di ipoh atau dah balik teluk intan....

ZAID SAHLAN said...

Dah keluar dari wad, syukur dah makin pulih, cuma masih perlukan rawatan susulan

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO