Tuesday, May 26, 2009

CENDAWAN STEP BY STEP

Hari hari terakhir di SEMAIAN saya bersama Hj Ibrahim, Cikgu Fauzi dan beberapa guru tanaman lain masih sempat melakukan aktiviti penananam cendawan, dgn sedikit ilmu yg diperolehi saya nak syer langkah-langkah asas penyediaannya :



Sediakan medium utama : Kapur pertanian, Habuk Kayu Getah dan Dedak Padi Halus.

Kadarnya 100kg habuk kayu: 10kg Dedak Padi : 1kg Kapur
atau 10 kg Habuk kayu: 1 Kg dedak padi:100gm kapur





Gaulkan hingga sebati ketiga-tiga medium sambil disiram sedikit demi sedikit.








Periksa medium dgn cara MENGEMGAM:
1. Jika berderai tambah kuantiti air.
2. Jika air menitis macam diperah, itu masalah besar kerana telah terlebih siram. Sukar utk dipulihkan
3. Yang terbaik seperti dalam gambar- membentuk bebola




Masukkan medium hingga betul-betul padat ke dalam beg plastik.












Kukus selama 7 jam










Selepas sejuk ( 2 malam ) keluarkan untuk disuntik. Sebaiknya gunakan topeng mulut utk mengelakkan bakteria lain yg tumbuh










Suntik dgn benih cendawan








Tutup semula mulut beg cendawan










Infotani : Jangan bercakap atau berbual semasa menyuntik cendawan kerana air liur mengandungi bakteria. Sebaiknya guna pentup mulut. SENTIASA UTAMAKAN KEBERSIHAN bagi memastikan kejayaan projek cendawan

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO