Wednesday, May 13, 2009

HARI YANG PANJANG

Semalam hari yg panjang:

1. Sebaik subuh memandu selaju mungkin dgn van ke Slim River ( jarang aku memadu laju begini kecuali dgn motosikal). Ambil seorang sahabat utk bawak ke Hospital Pakar Ipoh.

2. Kemudian balik semula ke T Intan, ambil isteri utk hantar kursus di Taiping.

3. Bawak lagi laju-laju mengejar temu janji dgn Dr pakar.

4. Lepas selesai dgn Dr, pecut laju kerana sahabat tadi kena beri cemarah di Maju Perak.

5. Sebaik cermah tamat bergerak secepat mungkin ke Taiping utk hantar isteri.

6. Balik semula ke T Intan dah nak maghrib, cepat-cepat ke pekan hantar anak tusyen. Lepastu carikan makanan utk anak-anak yg 'tiada ibu'.

7. Malam baru dapat berbual dgn anak-anak tentang masalah mereka. Bertambah letih bila memikirkan anak ke 3 ku dah hampir seminggu tak kesekolah kerana sakit perut.

.... hari yg panjang ini baru 1/5 dari pergerakan hari-hari biasa sahabat ku yang sakit tadi. Kerana selepas itu dia kena beri ceramah di Sg Buaya sebelum balik semula ke Slim River utk Kuliah subuh esoknya.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO