ADA KEBERKATAN
Gambar Hiasan : Pokok kurma di halaman rumahku.
Sebagai tanda cintakan sesuatu kita sanggup berkorban apa sahaja utknya. Semua tentang dirinya adalah sangat penting dan bermakna buat kita. Makhluk pertama dan utama yg sepatutnya kita cintai adalah Rasulullah saw. Jadi segalanya tentang Nabi Muhammad saw adalah SANGAT PENTING DAN BERMAKNA.
Jika di tanah suci kita akan cuba menjejaki tapak kaki dan lalun semasa hayat baginda. Kita akan cuba utk solat di mana baginda pernah sujud malah kita akan makan sesuatu yg baginda gemari. Kita akan daki bukit yg pernah baginda daki, masuk ke gua yg pernah baginda bersembunyi.
Kita juga akan simpan segala sesuatu yg baginda gemari. Jadi sentiasa simpanlah di rumah kurma nabi, za'faran, air zam-zam dll kegemaran Rasullullah saw sebagai tanda kecintaan kita yg mendalam kepada baginda.. INSYA ALLAH ADA KEBERKATAN
Petikan kuliah .... Ust Wan Azli b Wan Chik PUNSU Masjid Daerah Teluk Intan
Gambar di atas : Pokok kurma di halaman rumahku. Jadi modal bercerita pada anak-anak bagaimana Sumayyah disula dgn pelepah tamar, kisah kurma menangis, Bilal azan dari atas pohon tamar, masjid nabi dari tiang pohon tamar dll
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment