Friday, June 5, 2009

ANTARA DOA, IKHTIAR DAN KEYAKINAN


1. Dlm perbualan dgn emak malam tadi dia beri tahu orang kampong mengeluh kerana hasil padi merosot teruk kerana serangan ulat batang dan bena.

2. Kata emak lagi orang sekarang terlalu yakin dgn ikhtiar mereka yg bersungguh sungguh akan mendatangkan kejayaan. Baja yag berkualiti, racun yg tepat, penjagaan yg rapi PASTI membuahkan hasil... itulah keyakinan orang sekarang kata emak lagi.

3. Sedangkan cerita emak lagi Arwah Imam Hj Karim dulu selalu memberi tarbiah pada orang kampong bahawa kita hanya mampu MENYEMAI sedangkan yg BERKUASA MENGHIDUP ADALAH ALLAH. Kita hanya mampu membaja dan menjaga tetapi YG BERKUSA "mengisi" biji padi dgn beras yg bernas adalah Allah. Golongan muda sekarang dah tak berapa peduli dgn semua itu.

4. Petani muda dah tak berapa yakin dgn doa, agar doa diterima kita kena patuh perintahnya, orang dulu-dulu walaupun teruk bekerja tetap menjaga puasa dan sembahyang tak macam golongan petani muda yg ada sekarang
... aku hanya mendengar teliti cerita beliau.

Gambar hiasan : Bahan utk menyuburkan tanaman

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO