Sunday, June 21, 2009

SEMUA MULBERI TELAH BERTUNAS



1. Semua mulberi yg kami semai telah hidup dgn sihatnya ( PERCAMBAHAN 100%).

2. Uniknya mulberi ini terselamat dari serangan perosak(ulat). Kerana beberapa jenis spesis tanaman lain yg disemai berhampirannya telah diserang ulat.

3. Saya difahamkan bahawa daun mulberi hanya akan dimakan oleh sejenis ulat sahaja, iaitu ulat SUTERA. Ulat lain tak berselera terhadapnya.... nampaknya ada kebenarannya maklumat yang saya perolihi itu.

4. Saya cuba letakkan ulat Plutella di atas daunnya, memang betul rupanya ulat tu selamba je berlalu sedangkan rupa fizikal daun ini serupa dgn daun bunga raya.

5. KALAULAH GEN ISTEMEWA MAULBERI INI DIPINDAHKAN KEPADA TANAMAN LAIN... TAK PERLULAH KITA BERBELANJA UTK RACUN ULAT.... sayangnya aku tak punya ilmu TRANSGENIK.


2 Comentários:

Pengasas said...

Salam Cikgu,
Tahniah kerana pertumbuhan 100%. Barang diingat, itu adalah kurniaan Allah. Bersyukurlah!
Saya sedang berusaha untuk mendapatkan benih anggur untuk cikgu dan projek yang sedang kita rancangkan. Insya Allah, DIA Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

ZAID SAHLAN said...

Esok nak beli beberapa gelung nak atur keliling rumah sebagai persediaan memindahkan semaian mulberi... selebihnya akan di bawa ke sekolah.. t kasih atas nasihat prof

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO