TAMAN TAMPRATE
1. Lepas sarapan pagi bersihkan keratan yg di bawa pulang dari Bukit kapar semalam. Ikut nasihat Prof rendam dulu keratan tersebut selama satu hari sebelum disemai. Bahagian keratan bawah saya potong serong, panjang keratan kira-kira 15 cm.
2. Ini halaman rumah kami. Kalaulah saya mampu tukarkan jadi taman anggur, taman kiwi dan taman sutera alangkah nikmatnya.
3. Angan angan saja tak jadi kerja, sambil bawa isteri ke pasar singgah di nursery beli bahan organik, polibeg dan pasu utk tukarkan impian jadi satu kenyataan.
4. Ini pokok kiwi cenderahati dari Prof Dr Abd Wahab. Kami tanam dalam campuran medium yg beliau nasihatkan.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment