Thursday, June 11, 2009

LOKASI RUMAH IMPIAN....

1. Melalui jalan Trung ke Beruas persimpangan ke Tat Beng kita akan melihat masjid lama berwarna kuning berada betul betul di tebing sebatang sungai, di sebelahnya ada dusun buah-buahan... indahnya.

2. Menyusuri jalan menuju ke Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar . Jalan ini berada di tebing Sungai Perak.. cantik sekali.

3. Istana Kalley Castle di Batu Gajah didirikan di selekoh sungai...harmoninya.

4. Pusat pentadbiran negara di Putrajaya ada tasik indah dihadapannya.. mewahnya.

5. Menyusuri kampong-kampong lama sepanjang Sungai Perak bermula dari Kampong Bandar hingga ke Kuala Rui Gerik.. sejuk mata memandang.

6. Menginap semalaman di Chalet Tasek Raban , Lenggong. Bila bangun pagi merenung sunrise di celah-celah gunung ..... macam lukisan.

7. Ada satu kawasan sedang diratakan bersebelahan Jambatan Raja Nazrin Lenggong, mungkin utk projek perumahan......cantik hingga ke gigi air.

TEMANYA SAMA : Jika sesebuah kediaman diwarnai dgn air, tasik atau sungai sememangnya HEBAT!!!

" ... syurga 'Adn yg mengalir di bawahnya beberapa sungai..." ( petikan surah Al- Bayyinah, ayat 8)

Di bawah gambar sebagai hiasan dari Holland.......

















2 Comentários:

kakyong said...

chantek-chantek.. sejuk mata memandang...

cakcebor.blogspot.com said...

Penjagaan sungai dan saliran di Holand adalah yang antara yang terbaik di dunia selain German. Sikap penduduk yang menghormati alam sekitar adalah sangat terpuji. Di Malaysia suasana cuaca tidak memungkinkan keadaan yang serupa itu ditambah dengan sikap rakyat Malaysia yang agak negetif dalam penjagaan alam sekitar.

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO