Friday, June 12, 2009

BBQ SEMPENA HARI KELUARGA

Hari ini beberapa keluarga akan bekumpul di rumah kami. Bincang dgn isteri nak buat sajian yg sesuai. Menu yg meninggalkan kenangan mendalam. Mula-mula nak buat sup kaki lembu tapi mengenangkan ramai yg ada darah tinggi akhirnya kami semua sebulat suara bersetuju utk buat aktiviti BBQ. Menunya ada di bawah:

1 ekor ayam
Bawang besar 2 biji
Bawang kecil /merah 4 biji
Bawang putih 4 ulas
Serai 4 pokok
Halia 2 in
Asam jawa + semangkuk air
Garam secukup rasa
SEMUA BAHAN DI ATAS DI KISAR HALUS KEMUDIAN GAUL DGN AYAM + cili serbuk

Madu 2 sudu
Gula 2 senduk
SIRAM DI ATAS AYAM TADI kemudiam perap selama 4 JAM.

Lepas 4 jam bakarlah ayam tu, Tapi sentiasa percik minyak MAZOLLA dgn menggunakan batang serai.

Kakak ipar dibantu anak2 saudaranya menyediakan BBQ.. lepas tu kami makan ramai-ramai.. sedap makan panas panas.

2 Comentários:

Pengasas said...

Salam Cikgu,
Saya lebih minat sup kaki lembu atau kambing. Sekarang dah berumur, tak berani. Takut gout.

ZAID SAHLAN said...

Nak senang cara masak kaki lembu gunakan periuk tekanan, lepas setengah jam dah diboleh tanggalkan "kasut" kaki lembu tu.

Kalau dulu dulu kami masak selama berbelas jam baru boleh dimakan...tapi sekarang kurang 1 jam dah boleh dihidang.

.... memang sedap lembut macam jelly.

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO