Thursday, June 25, 2009

TELUR MASIN BUAT SENDIRI

Hujung minggu yang lalu kami bersama anak-anak buat telur masin. Kosnya sangat murah, tanah liat korek free sahaja ambil di belakang rumah. Kos lain pula garam hanya RM 1.50 dan yang mahal sikit telur itek sebanyak 50 biji cuma RM 24.00, hanya itu sahaja kos yang diperlukan. Langkah pertama ambil tanah liat yg kering hancurkan guna tukul.


Kemudian kisar tanah itu hingga halus, lepas itu tapis utk mengasingkan butiran kasar.

Buat ramah-ramai berkumpulan tak terasa semua kerja itu sambil sembang- sembang sahaja.

Tanah tadi digaul bersama larutan garam dengan kadar 7-10g bagi setiap biji. Kacau tanah dan masukkan air sedikit demi sedikit ... GUNAKAN GARAM HALUS kerana senang utk larut.
Selepas itu salutkan tanah tadi kepada telur... macam main tanah senang je.

Golekkan telur yang telah disalut tanah tadi di atas sekam padi bakar. Boleh juga digolekkan di atas habuk kayu... utk mengekalkan kelembapan tanah dan mengelakkan telur tadi dari melekat antara satu sama lain.
.....dah siap pun, tunggu hingga 2 minggu ke atas baru boleh direbus.

Utk langkah yg lebih jelas sila klik :

1. CARA CARA MEMBUAT TELUR MASIN KAEDAH SALUTAN

2. TELUR MASIN STEP BY STEP

3 Comentários:

laki imah ayah nu`man said...

JUAL KE NI HJ............

KALU JUAL BAWA LA KE SEKOLAH....

ZAID SAHLAN said...

Saja buat stok ramadhan, walaupun masih terlalu awal.

Murahkan telur RM 24 + garan RM1.50 = RM 25.50 dapat 50 biji telur masin.

Kalau jual RM 1 bagi setiap biji dapat untung sekali ganda!

FaShiHa said...

Asssalammualaikum..
mohon izin menggunakan gambar dan info dr blog ni utk tugasan saya. semoga Allah merahmati tuan dan keluarga! TQ

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO