Wednesday, June 10, 2009

Penghasilan Nata dari Air Kelapa

Sejenis hasil makanan daripada air kelapa yang begitu dikenali di Malaysia ialah nata. Nata ialah sejenis makanan peraman tradisional berasal dari Filipina yang dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa. Jenis bakteria yang telah dikenal pasti sebagai mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk penghasilan nata ialah Acetobacter spp. Bakteria ini boleh menghasilkan selapis filem selulosa di atas permukaan cecair yang diperam. Filem inilah yang dipungut dan diproses untuk menghasilkan nata. Hasil akhir berupa agar-agar yang jaringannya seakan-akan sama dengan jaringan buah kabung.
Bahan mentah utama untuk pengeluaran nata ialah air buah kelapa yang matang dan segar . Bahan lain ialah gula dan ammonium sulfat yang berfungsi sebagai sumber nutrien untuk pembiakan mikroorganisma. Asid asitik digunakan untuk mengawal pH .Kultur Acetobacter aceti subspesies xylinum digunakan sebagai inokulum.Perisa dan pewarna bolehlah ditambah untuk menghasilkan produk yang lebih menarik.

Sumber:http//fazlisyam.com

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO