CARA PROSES WADIK
1. Balik kampong tengok emak dan abang sebuk menyiang ikan sepat. Kata abang balik dari bertugas tadi dia bertembung dgn orang "menimba ikan" (keringkan parit). Jadi dia pun borong mana yg patut utk buat "WADIK".
2. Emak saya walaupun dah berusia tapi masih sihat dan tak reti nak duduk diam. Jadi ada sahaja benda yang nak dibuatnya. Antaranya mahir buat WADIK. Supaya khazanah ini tidak hilang bersama arus masa saya cuba catatkan prosesnya ( amal jariah ilmu yg bermanfaat).
3. Siang ikan seperi dlm gambar ini. Biarkan sirip dan kepalanya.. emak kata bahagian ini akan reput semasa dlm pemeraman dan bila digoreng nanti bahagian inilah yg paling sedap kerana rangup.
4. Mana-mana ikan yg dah siap tu rendam terus dalam air asam limau/asam keping. Selepas itu basuh hingga betul-betul bersih di bawah air MENGALIR dan hilangkan semua kesan darah ikan. Langkah seterusnya toskan ikan tersebut.
5. Selepas itu susun ikan tersebut selapis demi selapis. Lapisan tersebut berselang seli dengan asam keping dan GARAM KASAR. Biarkan selama 5 hari.
6. Selepas 5 hari isi ikan tersebut akan menjadi padat dan berair. Ambil airnya dan rebus hingga mendidih.
7. Goreng beras tanpa minyak hingga agak kehitaman tetapi bukan hangus. Kemudian kisarkan hingga halus. Ikan yg telah diperam tadi disalutkan seekor demi seekor dgn beras yang telah dikisar halus tadi, susun semula lapisan ikan tersebut dalam bekas lain.
8. Akhirnya siram semua ikan yg telah selesai disalut beras tadi dgn air rebusan pada langkah no6 . Peramkan semula selama 3 atau 4 hari dah boleh digoreng utk dimakan.
...........selamat mencuba resepi "kulaan niring napak takurihing"
2 Comentários:
Salam Chikgu,
Kenapalah cikgu cerita ikan wadik. Perut saya jadi lapar. Taganang pulot awan wadik. Wadik dipundut awan daun kaladi haloi habang. Bah leh, maka nyaman, kada taparak waddai.
Amun dah jadik wadiknya kaiyainak kamik akan mantari Dr... insya allah
Post a Comment