Sunday, June 28, 2009

PROJEK TAMAN TAMPRATE

Bila dapat maklumat dari Prof Dr Abd Wahab yang akar anggur hanya perlu lembap bukan basah saya terus order gelung/kelubung di bawah.

Kini saya juga dah ada beberapa jenis tanaman hadiah dari Prof antaranya anggur, kiwi dan mulberi.

Terima kasih tidak terhingga kepada beliau, moga beliau dirahmati Allah. Moga juga beliau peroleh kebaikan seperti ayat dalam Surah Al Baqarah: Juzu’ 2 Ayat 261.


1. Gelung-gelung untuk projek pokok tamprate. Di tapak inilah nanti kami akan cuba bangunkan taman anggur.


2. Semaian mulberi ini bakal dipindahkan ke dalam gelung di atas. Kami akan atur sekeliling rumah.


3. Keratan anggur pemberian Prof Dr Abd Wahab. Kami semai dalam medium pasir. Prof pesan siram air sekali sahaja pada setiap hari. Air yg berlebihan akan menyebabkan ada tunas tetapi tiada akar.

4. Anak pokok kiwi, entah bagaimana agaknya prof menyemai biji benih ini hingga bercambah?

Saturday, June 27, 2009

SAYA TENGAH RENUNGKAN AYAT INI DARI SUDUT ILMU TANI

  1. Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah: Juzu’ 2 Ayat 261
“ Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang DIA kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui.

......... dah berkali kali saya lihat ayat ini utk hari ini sahaja, dah beberapa buku ilmu tani saya buka.... makin banyak saya mencari makin seronok, ada banyak benda yg saya akan tanya pada Ustaz... kalaulah saya mahir dalam NAHU arab tentunya tugas ini akan lebih mudah.


Cara Buat Jeruk Daun Anggur


Cara membuat jeruk daun-daun anggur sama dengan cara membuat jeruk daun-daun sutera. Secara ringkas seperti berikut:

1. Sediakan daun-daun anggur yang berumur antara 3 - 5 minggu. Basuh dengan bersih dan tuskan.

2. Susun daun-daun anggur seperti kita menyusun daun-daun sirih.


3. Sediakan bekas untuk menjeruk. Sebaiknya bekas kaca yang terang dan ada penutup. Contoh, bekas nescafe yang telah kosong. Basuh dengan bersih dan tuskan.

4. Jerang air garam hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan air hingga suam.

5. Masukkan daun-daun anggur yang telah disusun ke dalam bekas.

6. Masukkan air suam ke dalam bekas hingga daun-daun anggur hampir tenggelam.

7. Masukkan jus lemon ke dalam bekas yang berisi daun-daun anggur dan air suam hingga tenggelam daun-daun anggur. Kemudia, tutup rapat.


8. Simpan hingga seminggu. Sekarang, anda sudah boleh menggunakannya.


Sumber http://abdulwahabarbain.blogspot.com/2009/06/cara-buat-jeruk-daun-anggur.html

POKOK TIDAK BERBUNGA

Blue Bell Tunicate


Orchid in the Blue

Purple Foxglove

passion flower


Kalau orang dulu-dulu mereka akan takik batang pokok (stress ) dgn parang atau membakar sampah ( asap etilena atau giberelin ? teka la..) di bawah pohon yg tidak berbungga.

Pernah juga saya melihat orang "menjerit" pada pokok agar segera berbunga bila tiba gerhana bulan/matahari.....ada artikel yg mengaitkan gerhana dan bunga.



Ada beberapa hal yang mungkin menjadi penyebab tumbuhan kita tidak mahu berbunga.


1. Perhatikan kedudukan tanaman. Apakah ia mendapat sumber cahaya matahari yg mencukupi. Banyak tanaman yang pertumbuhannya menjadi lambat dan tidak berbunga, kerana kekurangan cahaya.



2. Terlalu banyak daun . Beberapa jenis tanaman, tidak berbunga jika daunnya terlalu rimbun. Lakukan pemangkasan secara teratur, terutama setelah tiba masa utk berbunga. Belimbing dan anggur akan berbunga selepas dipangkas.



3. Medium tanam kekurangan unsur fosforus dan kalium. Sewaktu pembajaan digalakkan juga aktiviti menggembur tanah utk memperbaiki pengudaraan.



Ini baru bercerita tentang bunga. Kita sambung lain kali cerita masalah utk bunga menjadi buah, bagaimana memastikan buah tidak luruh dan jika berkesempatan bagaimana pula utk mendapat buah yg berkualiti.

Thursday, June 25, 2009

SIPENANAM JARANG MENDAPAT HASILNYA

1. Bila kita balik ke kampong pada musim cuti menikmati rasa buah dari pokok jenis saka lagi besar . Puas kita makan merasinya kemanisannya... namun pernahkah kita terfikir siapakah yg MENANAMNYA?

2. Begitulah lumrah alam orang yg "menanam kekadang tak dapat" menikmati kelazatan hasil dari keringat. Begitu juga pejuang kemerdekaan ramai yg gugur, mempertaruhkan nyawa, berpisah dgn keluarga, dizalimi dan diseksa penjajah dgn hukuman yg tak terfikir oleh otak rasional ........ utk keselesaan kita pada hari ini.

3. Dimanakah mereka yang merintis jalan dan meneroka hutan suatu ketika dahulu utk memudahkan anak cucu bercucuk tanam.........

........akhirnya yg kita bawa hanya amalan baik sebagai bekalan

( gambar di bawah sekadar hiasan)




WADIK SIRI 2

Petang semalam Dr Abdul Wahab telefon nak datang berziarah. Saya pun terus call emak bertanyakan khabar wadik samada dah boleh diguna. Emak kata walaupun masih baru diperam tapi prosesnya boleh "dipaksakan" utk dipercepatkan awetannya..... tak jadi masalah kata emak itu mudah saja. Lega dengar khabar gembira tu kerana maknanya bolehlah beri cenderahati unik ini utk Prof.

Utk goreng wadik ianya perlu dibersihkan dahulu... cuci hingga betul betul bersih jika tidak ikan akan kehitaman.

Baki yg tidak digoreng tadi kekalkan disimpan dalam rendaman "air wadik' utk mengekalkan awetan " salting" ... tahan hingga bertahun tahun.

TELUR MASIN BUAT SENDIRI

Hujung minggu yang lalu kami bersama anak-anak buat telur masin. Kosnya sangat murah, tanah liat korek free sahaja ambil di belakang rumah. Kos lain pula garam hanya RM 1.50 dan yang mahal sikit telur itek sebanyak 50 biji cuma RM 24.00, hanya itu sahaja kos yang diperlukan. Langkah pertama ambil tanah liat yg kering hancurkan guna tukul.


Kemudian kisar tanah itu hingga halus, lepas itu tapis utk mengasingkan butiran kasar.

Buat ramah-ramai berkumpulan tak terasa semua kerja itu sambil sembang- sembang sahaja.

Tanah tadi digaul bersama larutan garam dengan kadar 7-10g bagi setiap biji. Kacau tanah dan masukkan air sedikit demi sedikit ... GUNAKAN GARAM HALUS kerana senang utk larut.
Selepas itu salutkan tanah tadi kepada telur... macam main tanah senang je.

Golekkan telur yang telah disalut tanah tadi di atas sekam padi bakar. Boleh juga digolekkan di atas habuk kayu... utk mengekalkan kelembapan tanah dan mengelakkan telur tadi dari melekat antara satu sama lain.
.....dah siap pun, tunggu hingga 2 minggu ke atas baru boleh direbus.

Utk langkah yg lebih jelas sila klik :

1. CARA CARA MEMBUAT TELUR MASIN KAEDAH SALUTAN

2. TELUR MASIN STEP BY STEP

Wednesday, June 24, 2009

MAHALNYA HARGA MULBERI

1. Sewaktu dapat benih mulberi dari Dr Abd Wahab saya tidak pernah terfikir tentang berapa harganya tumbuhan ini.

2. Saya orang akademik, jadi cara saya berfikir tak sama dgn otak orang komersial. Saya meminati mulberi kerana tubuhan ini berbeza dan unik dari tanaman biasa. Dgn kata lain saya meminati mulberi bukan kerana wang tetapi kerana ianya MULBERI. Ada banyak ciri-ciri tanaman ini yg menimbulkan persoalan pada saya kerana itu saya sangat meminatinya.

3. Melayari blog MELUR saya terkejut melihat harganya,sedangkan saya cuma dapat secara percuma dari Dr Abd Wahab. Selepas ini bermakna bertambah-tambahlah kami akan lebih menghargai mulberi.

4. Klik gambar di bawah utk tahu tentang harga mulber yg mengejutkan.


Benih mulberi hitam

Tuesday, June 23, 2009

RACUN DALAM MAKANAN


1. Mencecah usia 40 an usia yg dikatakan sedang meniti puncak kerjaya. Ramai yg ditawar pelbagai pangkat dan waktu itulah rasa paling kuat hingga semua kerja nak dibuat.

2. Namun dlm usia ini juga ada bergelut dgn kesihatan. Saya punya beberapa teman sekerja yg telah terkena strok, darah tinggi, gout malah ada yg sedang dlm pertimbangan bos mereka utk dikenakan POL.

3. Selain dari ujian Allah " makanan bertoksik" adalah salah satu puncanya. Penggunaan RACUN tanpa etika dalam mengejar keuntungan semata oleh pengeluar makanan dari masyarakat yg mengaku sudah maju. MAJU yg hanya diukur dari bagunan hutan batu, sedangkan insan yg menghuninya masih hidup dalam kecelaruan. Malah gagal membezakan antara tamadun "bandar dan perbandaran".

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Baja fertigasi untuk TIMUN

Assalammualaikum....

Kat bawah nie adalah formula baja untuk tanaman timun disedut dari forum bicarajutawan yg disumbangkan oleh otai kita Abg Mat....sekadar untuk dikongsi bersama.

Timun Fertigasi. formula baja
keperluan2 nutrient yang di kehendaki oleh timun semasa pertumbuhan dan berbunga/berbuah3 minggu pertama :

ec 1.8-2.5, ph 5.2-6.2
keperluan nutrient: N 170 ppm, P 50ppm, K 300ppm, Ca 180ppm, Mg 50ppm, Fe 3ppm, Zn 0.4ppm, Mn 1ppm , Cu 0.07ppm, B 0.7ppm, Mo 0.05ppm
pengiraan berdasarkan ppm,

keperluan bahan seperti berikut:
CaNO3 - 9.0kg;
KNO3 - 2.30kg, ( stock A )

MKP - 2.20kg,
MgSO4 - 5.10kg,
K2SO4 - 3.30kg (stok B)

Micro tetap untuk semua minggu:
chelated iron 13%Fe-235gm,
Zinc sulfate 12.3gm,
Boric acid 40gm,
cupric chloride atau copper sulfate 2gm,
manganese sulfate atau chloride 28gm,
molybdenum troxide 0.75gm ( boleh masuk dalam stok B atau asingkan sebagai stok C - 2 lit air )gunakan 20ml untuk 100 lit air.

minggu keempat sampai terminate: ec 2.5-2.7, ph 5.2 - 6.2 (maintain ec 2.7 sepanjang pembuahan )keperluan nutrient:
N 200 ppm, P 50ppm, K 350ppm, Ca 200ppm, Mg 50ppm, Fe 3ppm, Zn 0.4ppm, Mn 1ppm , Cu 0.07ppm, B 0.7ppm, Mo 0.05ppmpengiraan berdasarkan ppm, keperluan bahan seperti berikut:CaNO3 - 10.50kg; KNO3 - 2.65kg, ( stock A )MKP - 2.20kg, MgSO4 - 5.10kg, K2SO4 - 4.10kg (stok B)micro sama ngan untuk 3 minggu pertama.untuk mengelakan keladak dan mengurangkan phosphate dan sulfate dalam stok B, asingkan K2SO4 dalam bekas lain ( stok D )

Monday, June 22, 2009

EPAL HIJAU BAIK UTK KESIHATAN


1. Beberapa sahabat baikku telah terkena strok. Semuanya sependapat mengamalkan pengambilan epal hijau sebagai pemakanan kesihatan.

2. Kata mereka epal hijau baik utk cuci kolestrol kerana ada fiber yang tinggi. Ada antara mereka yg makan buah ini begitu sahaja, atau ada juga yg gemar minum jusnya yg segar.

3. Namun ada juga yg berpendapat buah ini membawa kesan mudharat antaranya melemahkan ingatan. Tapi kata mereka yg sakit mereka terpaksa memilih mudharat yg sedikit bila pertembungan antara dua mudharat.

TRANSGENIK

1. Maksud: memindahkan gen asing yang membawa ciri-ciri yang dikehendaki. Mesin tersebut dinamakan BIODISTIK.

Gen: sekumpulan maklumat yang terkandung di dalam jujukan DNA.
DNA: unit asas kehidupan yang terkandung di dalam nukleus.

2. Teknik penting manipulasi DNA dikenali rDNA membolehkan bahagian DNA dipotong dan dicantum.

3. Kejuruteraan genetik ini membolehkan sebarang organisma samada haiwan, tumbuhan atau mikroorganisma diperbaik ciri-cirinya atau diubahsuai melalui manipulasi gen yang melangkaui sempadan spesis.

4. Contoh terhasilnya tomato berprotein dgn gen dari ikan. Padi dan jagung yg toleran terhadap racun rumpai.

5. Saya tidak bimbang tentang ALAHAN sesorang atau TERPUPUSNYA gen-gen asas kerana pasti ada akta dan undang-undang utk itu.

Bagaimana sukarnya nanti utk kita mendapat MAKANA HALAL, kerana tidak mustahil gen dari binatang yang diharamkan akan turut akan digunakan kerana ada ciri-ciri yg menarik pada haiwan tersebut.

Allah menyediakan seluruh kekayaan alam ini utk kegunaan manusia, menurut kebijaksanaan mereka.

Sunday, June 21, 2009

SEMUA MULBERI TELAH BERTUNAS



1. Semua mulberi yg kami semai telah hidup dgn sihatnya ( PERCAMBAHAN 100%).

2. Uniknya mulberi ini terselamat dari serangan perosak(ulat). Kerana beberapa jenis spesis tanaman lain yg disemai berhampirannya telah diserang ulat.

3. Saya difahamkan bahawa daun mulberi hanya akan dimakan oleh sejenis ulat sahaja, iaitu ulat SUTERA. Ulat lain tak berselera terhadapnya.... nampaknya ada kebenarannya maklumat yang saya perolihi itu.

4. Saya cuba letakkan ulat Plutella di atas daunnya, memang betul rupanya ulat tu selamba je berlalu sedangkan rupa fizikal daun ini serupa dgn daun bunga raya.

5. KALAULAH GEN ISTEMEWA MAULBERI INI DIPINDAHKAN KEPADA TANAMAN LAIN... TAK PERLULAH KITA BERBELANJA UTK RACUN ULAT.... sayangnya aku tak punya ilmu TRANSGENIK.


CARA PROSES WADIK

1. Balik kampong tengok emak dan abang sebuk menyiang ikan sepat. Kata abang balik dari bertugas tadi dia bertembung dgn orang "menimba ikan" (keringkan parit). Jadi dia pun borong mana yg patut utk buat "WADIK".

2. Emak saya walaupun dah berusia tapi masih sihat dan tak reti nak duduk diam. Jadi ada sahaja benda yang nak dibuatnya. Antaranya mahir buat WADIK. Supaya khazanah ini tidak hilang bersama arus masa saya cuba catatkan prosesnya ( amal jariah ilmu yg bermanfaat).



3. Siang ikan seperi dlm gambar ini. Biarkan sirip dan kepalanya.. emak kata bahagian ini akan reput semasa dlm pemeraman dan bila digoreng nanti bahagian inilah yg paling sedap kerana rangup.

4. Mana-mana ikan yg dah siap tu rendam terus dalam air asam limau/asam keping. Selepas itu basuh hingga betul-betul bersih di bawah air MENGALIR dan hilangkan semua kesan darah ikan. Langkah seterusnya toskan ikan tersebut.

5. Selepas itu susun ikan tersebut selapis demi selapis. Lapisan tersebut berselang seli dengan asam keping dan GARAM KASAR. Biarkan selama 5 hari.

6. Selepas 5 hari isi ikan tersebut akan menjadi padat dan berair. Ambil airnya dan rebus hingga mendidih.

7. Goreng beras tanpa minyak hingga agak kehitaman tetapi bukan hangus. Kemudian kisarkan hingga halus. Ikan yg telah diperam tadi disalutkan seekor demi seekor dgn beras yang telah dikisar halus tadi, susun semula lapisan ikan tersebut dalam bekas lain.

8. Akhirnya siram semua ikan yg telah selesai disalut beras tadi dgn air rebusan pada langkah no6 . Peramkan semula selama 3 atau 4 hari dah boleh digoreng utk dimakan.

...........selamat mencuba resepi "kulaan niring napak takurihing"

Saturday, June 20, 2009

UJIAN UTK MENINGKATKAN DARJAT

1. Berasal dari tumbuhan dan haiwan yg reput. Tertanam di dalam tanah. Kemudian menjadi arang batu.


2. Arang batu BERWARNA HITAM LEGAM DAN MURAH yang mengalami TEKANAN YANG SANGAT TINGGI AKAN BERUBAH MENJADI INTAN YANG SANGAT BERHARGA.

........ UJIAN , TEKANAN , KEPAYAHAN BERSABARLAH DGN UJIAN INI

ABAH BERI CERAMAH MOTIVASI


1. Pertama kali ikut abah beri cermah di Perak Tengah... rupanya syok juga dengar penyampaian abah.

2. Baru tahu rupanya abah tu kelakar, selama ini hanya kenal abah sebagai orang yg garang dan suka "mengena"... 30 % cara penyampaiannya kelakar dan mencuit hati.

3. Lepas tu aku ikut abah pergi ke suatu tempat lain untuk dengar ceramah dari seorang pensyarah universiti di Teluk Intan pula ...letih betul hari ini pasal sepatutnya kena pergi kelas tahfiz.






...........AKU TULIS TENTANG ABAH

Friday, June 19, 2009

MARAH DAN SAYANG


"KEMARAHAN ORANG LAIN JANGAN DIBUAT...


KESAYANGAN ORANG JANGAN DIAMBIL"......


Insya Allah hidup akan selamat dari kebencian orang lain...kita akan disayangi dan disukai orang kawan-kawan... jadi tak perlulah bodyguard selalu


Thursday, June 18, 2009

KEADILAN DI SISI ALLAH


1. Pokok sena BUAHNYA KECIL HINGGA BOLEH TERBANG MELAYANG. TETAPI pokoknya sangat besar, berdahan keras, pangkal pokoknya siap ada banir lagi.


2. Sedangkan pokok tembikai BUAHNYA BESAR, TETAPI POKOKNYA KECIL, BATANGNYA LEMBUT, KEKADANG POHONNYA HANYA MELATA DI ATAS TANAH.

Siapalah kita hendak mempersoal keadilan Allah. Sebagai makhluk kita hanya wajib SAMI' NA WA ATA'NA ( kami dengar dan kami patuh).. kita hanyalah hamba.

BUAT BLOGERS YG TERUS GIGIH BERJUANG...


Jika doa kita dimakbulkan
Tanda Allah mengasihi kita,

Jika doa kita lambat dimakbulkan
Tanda Allah mahu menguji kita

Jika doa kita tidak dimakbulkan
Allah sebenarnya merancang sesuatu yg terbaik utk kita.

BERSANGKA BAIKLAH DGN ALLAH KERANA BERDOA ITU SATU IBADAH.

AUTOPORT

1. Smart valve ini berfungsi macam pelampung dalam sistem tangki air di rumah kita. Bila air kurang pelampung akan naik dan air pun masuk.
2. Smart valve tadi dimasukkan ke dalam try di atas.


3. Gunakan batu bata yg dipecahkan sebagai medium tanaman.


4. Bancuh larutan nutrien dgn bacaan EC meter seperti dalam jadual berikut:JADUAL EC METER UTK MELON KAEDAH AUTOPORT . Dari dalam tangki bekalkan nutrien ke tanaman tanpa perlu pam, memadai kuasa tarikan graviti tapi tangki mesti diletakkan lebih tinggi ( 2 kaki dari paras lantai).

Monday, June 15, 2009

DARI HIASAN JADI MAKANAN
























1. Malam tadi balik ambil anak tusyen sebelum masuk ke rumah terhidu bau yg sangat wangi.

2. Lihat sekeliling ternampaklah bunga pertama sedang berkembang dari pokok buah naga (dragon fruit) kami.

3. Cantik sekali bungannya bila kembang waktu malam. Harumnya pula semerbak mewangi.

4. Buah ini jika dibuka lipatan sejarah asalnya adalah utk hiasan. Kini dah berubah jadi makanan.

5. Tips agar pokok naga berbuah ialah perlu diberikan "BAJA ORGANIK".

Sunday, June 14, 2009

KACANG BUNCIS EMAK AKAN BERBUNGA

Syukur pada Allah ...

Dari kisah sebelumnya.. HADIAH HARI IBU















1. Masuk minggu ke 3 (14 Jun ) kacang buncis emak hidup subur. Bacaan EC meter= 1. Tiada baja tambahan diberikan. Sokongan cuma guna buluh utk jimat kos.


2. Emak terlebih kreatif sebahagian ditanamnya bayam dlm polibeg yang sama. Tapi nasib baik tiada perbezaan tumbesaran walaupun secara teori akan berlaku persaingan utk mendapatkan nutrien.

3. Kami cuma guna tong sampah saiz biasa sebangai tangki nutrien. Tapi cukup utk keperluan nutrien selama hampir seminggu baru habis.


4. Kami juga hanya menggunakan pam akarium ikan, kalau ikut power saya jangka mampu utk menampung hingga 40 beg. Siraman 6 kali sehari dgn kadar 5 minit setiap kali.


5. Kesimpulan ujikaji tiada perbezaan tumbesaran jika guna medium sekam padi bakar, atau guna sabut kelapa atau medium campuran sabut kelapa bersama sekam padi 2:1 utk tanaman kacang buncis. Tanaman campuran bayam juga tidak menjejaskan tumbesaran.

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO