Sunday, April 11, 2010

MENGERINGKAN SAWAH PADA 11 APRIL 2010

Selepas 48 jam ( dua hari dan dua malam )  benih padi ditabur maka pada 11 april kami mengeringkan semua petak sawah.  Keseluruhan sawah padi sebaiknya kering 100% bagi menghindari serangan siput yang akan memakan anak-anak padi yang masih kecil.
Mana-mana bahagian yang masih terdapat lopak-lopak air perlulah dibuat lorong-lorong kecil agar air tersebut dapat disalirkan keluar,
Ini merupakan peringkat yang paling getir kepada petani kerana pada ketika inilah proses tunas daun  akan mula keluar yang juga menentukan hidup mati biji benih tersebut.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO