Thursday, April 15, 2010

MENGERINGKAN SAWAH

Ada tugas rasmi beberapa hari di utara tanah air... gambar di bawah pada pagi  12 april sebelum meninggalkan sawah utk beberapa hari.

Sawah pada 12 april telah hampir kering selepas sumber bekalan air masuk ditutup, semua saluran air keluar pula telah dibuka sepenuhnya.

Beberapa hari di sini kami berbincang tentang ilmu tani. Melalui perbincangan dengan seorang sahabat yang juga pesawah tak sabar rasanya bila balik nanti saya akan membuat kajian tentang kesan pengawalatur dan bahan kimia seperti Atonik, Asid Giberalik, 2,4 D, Kalsium Boron.

Saya juga berminat dgn amalan penanaman padi beliau yang dilaksanakan mengikut :
Bajak putar - Kawalan kimia Racun Tepat, (Sofit = angino) dan 2,4 D -(Selepas 3 hari masukkan air selama 10 hari ) - bajak putar kali ke 2 - Sisir - tabur - Selepas 3 atau 4 hari ( Solito ) - Masukkan air selepas 4 hingga 7 hari - Kawalan Rumpotox ( 3kg /ha ) + Sindax.

Bahan kimia pula : Hari ke 14 Baja compaud ( 4 kpt/ha ) - hari ke 25 Baja Urea - Hari ke 40 Baja NPK Blue 1/4 kpt /ha ) - Hari ke 45 Foliar - Hari ke 60 NPK Red (1 1/4 kpt /ha) - Padan /Tapisan ( hari ke 40-75)

Gambar ini pula pada petang  15 april sebaik pulang semula ke desa... syukur pada Allah pertumbuhan padi ini sangat memberangsangkan.
Kelihatan dengan jelas kesan penggunaan Vita Cambah yang memberi lebih oksigen pada benih padi

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO