PENGURUSAN UNIT HUJUNG MINGGU
Seminggu di Pulau Pinang kebun jadi agak terbiar, rumput dah makin panjang, jadi hari ini ambil kesempatan potong rumput di Unit Agro. Jika kawalan rumpai menggunkan racun kimia hasilnya lantai tanah nampak gersang maka itu utk mengekalkan tema hijau lebih baik kami menggunakan mesim rumput sahaja.
Akhir-akhir ini nampaknya unit dah makin ceria, geng OKU dgn pelajar istemewa mereka telah banyak melakukan penambah baikkan..
Buah rossel juga dah cukup tua. Jadi bila buka sekolah selasa ini kami akan memetik buah ini utk diproses jadi jus rossel.
Balik dari sekolah singgah sekejap utk "bercakap" dengan padi. Hari ini 18 April ketinggian padi secara purata telah mencapai 5 in. Berdasarkan dari pertumbuhannya maka pokok padi ini dijangka akan mampu menghadapi tekanan akibat kawalan kimia,tetapi untuk lebih selamat kami membuat keputusan tiga hari lagi barulah kawalan kimia untuk rumpai boleh dilakukan. Jika kawalan racum rumpai dilakukan terlalu awal padi akan mengalami "tekanan" yang ditunjukkan melalu tanda-tanda kekuningan.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment